Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Nak Pinjam Nangis-Nangis, Dah Dapat Hilang…”- Fadzil Zahari Dakwa Pereka Fesyen Tak Bayar Hutang

Syafiqah Jalal 01/09/2020 | 05:37 MYT

Pelakon Fadzil Zahari mendakwa pereka fesyen Zery Zamry sudah lima tahun berhutang namun sehingga kini masih mendiamkan diri.

“Selamat ulangtahun ke-5 hutang Zery Zamry. Moga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya... agar dapat mengumpul hutang keliling pinggang dengan lebih efisyen tahun ni..,” katanya dengan nada sinis

Suami kepada pelakon Yana Samsudin itu mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fadzil memuat naik foto Zery bersama rakan-rakanya yang sedang bercuti di sebuah pulau.

“Plan cuti mana tahun ni? Bali ke Mabul? Hutang 5 tahun tanpa faedah.

“Tag rakan anda yang masa nak minta pinjam duit nangis- nangis, dah dapat duit hilang taktau pi mana.

“DM(mesej peribadi) abang untuk Post Review Kutip Hutang, slot terbuka sekarang!” katanya berseloroh.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata berkongsi pengalaman apabila duit yang dipinjam tidak dibayar.

Selamat ulangtahun ke 5 hutang Zery Zamry ? moga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya... agar dapat mengumpul hutang keliling pinggang dengan lebih efisyen tahun ni.. Plan cuti mana tahun ni? Bali ke Mabul? #Hutang5TahunTanpaFaedah Tag rakan anda yang masa nak minta pinjam duit nangis nangis, dah dapat duit hilang taktau pi mana. DM abang utk Post Review Kutip Hutang, slot terbuka sekarang!!!

A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on

#Pereka Fesyen #Fadzil Zahari #Hutang #Pinjam
;