Hiburan
"Nak Pukul Anak Masuk Penjara..." - Reaksi Sharifah Shahirah Apabila Anak Pecahkan Pinggan!
Selebriti popular, Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera berkongsi video 'naik hantu' apabila anaknya, Allisya Tahir memecahkan beberapa pinggan di dapur.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Video itu memaparkan Allisya yang sedang berada di dapur dan mendengar ibunya berleter.
"Kau dah pecahkan, aku nak masuk Instagram, kau nak ikat-ikat rambut, kau dah pecahkan semua pinggan aku.
"Aku nak masuk Instagram, kau ikat rambut kau ingat kau lawa? Macam-macam lah kau ni, aku tak tau nak marah apa lagi dah," kata Shiera dalam video tersebut.
Namun begitu, walaupun Shiera kedengaran seperti memarahi anaknya, ia tidak keterlaluan dan masih dalam unsur jenaka.
Sementara itu, Shiera menulis kapsyen berbunyi :
"Geram tahap maxima...Nak pukul anak masuk penjara...Kata mak garang.
"Marah dah tak lut, haaa ambik..Pecahkan pinggan..Angkat pinggan pun vongok.
"Tak suruh nanti tak reti..Bila suruh ini jadinya,"
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Shiera terhibur melihat gelagat mereka dalam video itu.
Allisya merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Shiera bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.
Kini Shiera berkahwin dengan pelakon Ijoy dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.