"Nak Racing Ke Nak Baby?" - Reen Rahim
Asyikin Mayudin
22/02/2023 01:55 MYT
22/02/2023 01:55 MYT
Pelakon Reen Rahim mengakui pada awalnya dia mempunyai perasaan berbelah bahagi untuk menerima tawaran menyertai perlumbaan Toyota Gazoo.
Ditawarkan tiga hari sebelum majlis pernikahan, Reen berkata perasaan itu timbul disebabkan dia mempunyai perancangan untuk mempunyai zuriat pada tahun ini.
“Sebenanye ada kisah disebalik Toyota Gazoo ni. Nak baby atau nak racing tajuk dia. Ceritanya, dari dulu memang suka tengok kawan-kawan yag terpilih join Toyota Gazo.
“Ada la terdetik dalam hati bestnye la kalau dapat join. Sekali tahun lepas Toyota offer Reen tiga hari sebelum nikah. Wei, aku dah la kahwin lambat, kalau join mane mahunya nak ada baby.
“Walaupon pihak Toyota tak keluarkan syarat, tapi bila fikir logik memang takkan la kau nak mengandung, race sampai bulan sepuluh kot, tak kelakarkan,” kata Reen.
Menurut Reen, dia sebenarnya sudah menolak tawaran tersebut namun selang beberapa hari pihak penganjur sekali lagi bertanyakan mengenai keputusannya itu.
“Aku ketepikan keinginan aku terus tolak job ni. Aku doa dalam hati ‘Ya Allah, aku tak tahu offer ni ujian atau rezeki, aku ikut saja apa yang kau susun untukku ya Allah’.
“Selang 2, 3 hari mereka call lagi tanya sure ke nak tolak, hati aku terus ‘ya Allah tolonglah susun apa yang terbaik’, Kemudian aku minta sehari dua untuk fikir. Time ni baru aku bincang dengan suami,” ujarnya.
Akhirnya Reen setuju sertai perlumbaan itu selepas berbincang dengan suaminya iaitu Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dan berharap akan dikurniakan cahaya mata kembar pada tahun hadapan.
“Baru cakap ‘sayang kalau saya nak race boleh ke?’. Sekali dia jawab ‘actually malam tadi saya terfikir nak awak buat race ni.
“Tahun ni kite fokus kerja dan buat apa yang kite nak buat. Tahun depan kite buat baby’. Doakan tahun hadapan I dapat baby kembar terus… amin kan please,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.