Alangkah seronoknya jika kita boleh membawa sebuah peranti yang dilengkapi dengan ciri-ciri terbaik yang menepati gaya hidup seharian.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemar mengambil gambar, mungkin anda tercari-cari model terbaik yang mampu merakam apa jua jenis objek di keliling anda dengan jelas.

Namun, lazimnya, umum agak sukar untuk menemui peranti yang memenuhi ciri kamera terbaik pada harga mampu milik.

Bagaimanapun, anda kini tidak perlu pening untuk memikirnya. Ini kerana, Samsung Galaxy A Series kini menampilkan model terbaharu mereka Galaxy A51 dan Galaxy A71 bagi merealisasikan impian anda.



Sememangnya ia merupakan model yang sesuai bagi mereka yang inginkan sebuah gajet yang mempunyai fungsi kamera yang memberikan pengalaman menakjubkan bagi kategori peranti kelas pertengahan.

Ini 3 sebab utama kenapa anda perlu memiliki Samsung Galaxy A51 dan Galaxy A71:


#1 Mampu Rakam Objek Pada Jarak Dekat Dengan Kamera Makro

Penggunaan kamera makro sememangnya memang cukup berguna bagi mereka yang mahu mengambil gambar objek pada jarak dekat.

Bayangkan anda ingin mengambil gambar perincian pada baju yang anda pakai, atau pun mengambil objek kecil seperti serangga, pasti adakalanya ia agak sukar untuk fokus pada subjek.





Namun, dengan adanya fungsi kamera makro, ia membantu anda untuk mendapatkan imej yang dirakam lebih jelas dan terang.

Jadi, anda tak perlu risau untuk merakam imej pada jarak sehingga 40 milimeter dekat dengan peranti Samsung Galaxy A Series terbaru ini , Galaxy A51 & Galaxy A71 kerana ia dilengkapi dengan Makro Kamera 5 Mega-pixel (40mm) (F2.4).

Bukan itu sahaja, makro kamera juga memberikan kelebihan kepada anda mendapatkan visual imej fokus dengan mengaplikasikan teknik kabur pada bahagian latar belakang objek.



Wah, hasil foto anda pasti seperti dibidik jurufoto profesional!

Bukan itu sahaja, kamera utama Galaxy A71 64MP (F1.8) membolehkan anda merakam imej yang lebih jelas pada siang hari dan imej yang lebih terang pada malam hari dengan resolusi yang tinggi.

Jadi, anda tak perlu bimbang untuk merakam gambar walaupun berada di kawasan gelap kerana didatangkan dengan fungsi Low Light.

Maka, anda boleh merakam imej pada bila-bila masa tanpa perlu bimbang apabila perlu membidik pada waktu malam.

Bagi mereka yang gemarkan selfie, kamera depan Galaxy A51 mempunyai ciri keupayaan 32MP (F2.2) memberikan anda pengalaman yang lebih menarik.



Kamera Ultra Wide 12MP (F2.2) yang ada pada model ini juga membolehkan anda merakam imej pada sudut lebih luas iaitu 123 darjah bersamaan dengan paparan mata manusia.





#2 Lebih Puas Main Game Dengan Skrin Infinity-O dan Super AMOLED

Bayangkan anda perlu menonton video atau bermain game dengan paparan skrin yang terhad? Pasti tidak puas bukan.

Ini kerana, lebih besar paparan skrin peranti anda, lebih jelaslah anda nak melihatnya. Galaxy A51 didatangkan dengan skrin bersaiz 6.5-inci manakala Galaxy A71 pula sebesar 6.7-inci.

Terutamanya bagi mereka yang memang ‘kaki’ game, saiz paparan skrin sudah pasti menjadi faktor utama yang sering menjadi pertimbangan kerana mahukan paparan yang optimum.



Justeru, bagi mereka yang mencari peranti terbaik, Samsung Galaxy A Series terbaru ini dibangunkan dengan rekaan skrin Infinity-O.

Dengan rekaan skrin Infinity-O, kamera depan dibangunkan secara berselindung di sebalik skrin telefon pintar tanpa menganggu pandangan.

Secara tidak langsung, ia membolehkan anda mampu menikmati paparan skrin yang lebih luas. Sekaligus, meningkatkan keupayaan anda untuk bermain game dengan lebih efisyen.

Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan teknologi skrin Super AMOLED yang menjadikan paparan imej di telefon pintar anda lebih jelas dan terang.

Bahkan, bagi varian Galaxy A71, ia didatangkan dengan ciri tambahan dengan paparan skrin Super AMOLED Plus yang memberikan anda imej yang lebih cantik.

Nak buat suntingan gambar pun lebih seronok kerana paparan warna yang terpancar pada skrin tampak lebih vibrant.

Bahkan, rekaan panel pada model Galaxy A51 dan Galaxy A71 yang lebih ringan dan nipis, melengkapkan rekaan ergonomiknya.

Kedua-dua model tersebut didatangkan dengan pilihan warna Prism Crush Black dan Prism Crush Blue.

Bukan itu sahaja, bagi Galaxy A51 ia diturut hadir dengan warna tambahan lain iaitu Prism Crush White, manakala A71 pula dengan pilihan warna Prism Crush Silver.


#3 Boleh Guna Seharian Tanpa Perlu Power Bank!

Fungsi peranti yang hebat selalunya memerlukan penggunaan kuasa yang lebih tinggi.

Namun, anda tidak perlu risau kerana Samsung Galaxy A Series terbaru ini dibangunkan dengan keupayaan bateri tahan lama bagi menyokong fungsi peranti anda pada tahap optimum.

Galaxy A51 didatangkan dengan teknologi bateri 4,000mAh, manakala bagi model Galaxy A71 pula, ia dilengkapi dengan kuasa 4,500mAh.

Bukan itu sahaja, ia turut direka dengan sokongan bateri adaptive yang boleh membantu mengoptimumkan keupayaan bateri untuk bertahan lebih lama.






Bayangkan anda perlu kerja seharian di luar dari pagi hingga ke malam, sudah pasti anda perlu bersedia dengan power bank!

Namun, dengan keupayaan kuasa bateri yang ada pada model Samsung Galaxy A Series terbaru itu, anda juga tidak perlu bimbang lagi sekiranya terlupa membawa alat pengecas mahupun power bank!

Jadi anda boleh gunakan telefon pintar seharian tanpa risau masalah cepat kehabisan bateri.

Bukan itu sahaja, peranti Galaxy A51 dan Galaxy A71 juga turut mempunyai kelebihan dari aspek pengecasan pantas.

Galaxy A71 mampu mencapai 55 peratus kuasa bateri dalam tempoh pengecasan selama 30 minit sahaja dengan 25W Fast Charging.
**disclaimer: Bergantung kepada penggunaan telefon

Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan Samsung Galaxy A Series terbaru ini pada harga bermula serendah RM1,299 untuk Galaxy A51 dan RM1,799 untuk Galaxy A71! Wow! Memang berbaloi!

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai model terbaru Samsung A Series ini, layari laman web https://www.samsung.com/my.