FILEM

Nak Rasa Sweet & Sakit Dalam Masa Sama? Ini 5 Filem Cinta Jarak Jauh Wajib Layan

Ainun Md Zooki 09/08/2025 | 06:55 MYT
Percintaan jarak jauh ni memang tak mudah. Ianya perlukan pengorbanan yang ikhlas dari pasangan dan juga kepercayaan.

Lagipun, nak maintain hubungan perlukan kesabaran dan kena kuatan mental.

Tapi bercinta dari jarak yang jauh ini kalau dijadikan sebagai filem memang akan menyentuh hati dan perasaan kita semua kan?

Jadi, kalau korang peminat kisah cinta yang penuh emosi, jom layan senarai 5 filem yang mengangkat tema cinta jarak jauh.

1: The Notebook (2004)


Sebuah filem klasik yang diadaptasi daripada novel Nicholas Sparks. The Notebookmengisahkan cinta Noah dan Allie yang diuji oleh perbezaan latar belakang, jarak, dan masa.

Dengan visual indah dan dialog yang menyentuh hati, filem ini terus menjadi kegemaran pencinta filem romantik.

2: Like Crazy (2011)


Mengisahkan sepasang kekasih, Anna dan Jacob, yang berkenalan di kolej di Los Angeles.

Namun, hubungan mereka diuji apabila Anna terpaksa kembali ke London akibat masalah visa.

Filem ini menggambarkan betapa jarak boleh mengubah dinamik percintaan.

3: Before Sunrise (1995)


Karya Richard Linklater ini mengisahkan pertemuan singkat antara Jesse, seorang lelaki Amerika, dan Celine, wanita Perancis, yang bertemu di kereta api menuju Vienna.

Mereka hanya punya satu malam bersama sebelum berpisah namun, pertemuan itu meninggalkan kesan mendalam.

4: Dear John (2010)


Mengangkat kisah cinta antara John, seorang tentera, dan Savannah, pelajar kolej.

Mereka saling menulis surat sepanjang tempoh penugasan John, tetapi hubungan jarak jauh ini menguji sejauh mana cinta dapat bertahan dalam tempoh yang panjang.

5: Worth The Wait


Filem ini mengisahkan tentang ehidupan beberapa individu Asia-Amerika yang tidak saling mengenali akhirnya bertaut secara takdir apabila mereka meniti percintaan yang baru berputik, menghadapi kehilangan yang mendalam, dan bertemu semula dengan cinta lama.

Menarikkan filem filem yang menyajikan genre percintaan jarak jauh ni? Jadi, Kalau korang teringin nak tonton filem ini, jom saksikan filem Worth The Wait yang ditayangkan di seluruh pawagam mulai 7 Ogos ini.

Filem Worth The Wait ini dibarisi bintang Hollywood yang cukup terkenal. Antaranya adalah, Lana Condor, Ross Butler, Sung Kang dan ramai lagi.

#Filem #Cinta #Jarak #Jauh #Worth The Wait