“Nak Recall Balik Daripada Awal” - Cantik Berjubah, Nadia Brian Belajar Mengaji Secara Online
Azwa Rahman
26/01/2021 02:57 MYT
26/01/2021 02:57 MYT
Pelakon Nadia Brian memohon doa para peminat apabila dia kembali mempelajari dan memperbaiki bacaan mengaji bersama seorang ustazah.
Menerusi laman sosial Instagram, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 30, berkongsi momen-momen menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian itu untuk tatapan umum.
“Sebenarnya saya berharap semua orang dapat doakan saya. Saya sebenarnya memang nak belajar daripada awal balik.
“Nak recall balik walaupun kita dah tahu ke, tak tahu ke, it’s okay untuk kita belajar balik dengan cara yang betul.
“Mungkin dah lama sangat tinggal ke kan, ia satu perkara yang baik. Saya mendoakan semua dan saya harap semua juga turut mendoakan saya juga,” jelasnya di ruangan IG Story.
Menerusi perkongsian itu lagi, Nadia kelihatan sopan dan ayu mengenakan set jubah serta tudung dari warna sedondon yang dipakai sepanjang pembelajarannya.
Malah Nadia turut merakamkan bacaan huruf-huruf jawi di komputer riba miliknya serta dilihat dia memegang buku Iqro’.
Turut kelihatan bersama dalam sesi pembelajaran tersebut adalah neneknya.