Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Nak Reshoot Nampak Tak Bijak!" - Penerbit Drama, Jaja Ishak Tak Rela Gadai Nyawa Demi Untung

Amri Hassan 21/04/2020 | 07:11 MYT
Penerbit drama Jaja Ishak enggan menggadaikan nyawa kru produksinya untuk menyambung penggambaran dalam tempoh terdekat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat tidak lama lagi.
Jelas Jaja atau nama sebenarnya Surja Khairul Ishak, syarikatnya bersama rakan kongsi Ustaz Al-fadzil Hidzir, Kembara Sufi Production Sdn Bhd akan menyambung semula proses produksi dan penggambaran apabila keadaan betul-betul selamat.
"Tak bijak kalau nak reshoot dalam masa terdekat ni walaupun tempoh PKP telah tamat nanti.
"Saya selaku penerbit memang menyokong sepenuhnya PKP dan semua pihak jangan ada yang pentingkan diri sendiri nak kaut untung.
"Ada banyak kaedah untuk bekerja ketika tempoh PKP ini dan maksimumkan kebolehan yang ada dalam kalangan pekerja industri," katanya kepada Gempak.
Jaja juga bersyukur kerana penggambaran telefilem Terlajak Subuh sempat dihabiskan sebelum perlaksanaan PKP.
"Saya akan sentiasa mengemaskini jadual produksi saya. Kerja bertangguh takkan menjadi, oleh itu saya cuba segerakan semuanya secepat mungkin.
"Mujurlah penggambaran telefilem saya sempat habis awal dan sepanjang PKP pasukan saya hanya perlu menghabiskan baki pasca produksi sebelum disiarkan nanti," ujarnya yang turut selesai penggambaran rancangan Travelogue Backpackers Musim Ke 2 : Mesir bersama Sharul Kamal Januari lalu.
Akui rumah produksi yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu itu sedikit terjejas ekoran pandemik Covid-19, Jaja bagaimanapun tidak berputus asa malah mengambil pendekatan untuk melakukan projek amal kepada masyarakat.
"Kami ada menggerakkan pasukan untuk menyalurkan bantuan keperluan asas seperti beras, gula dan minyak masak kepada golongan yang memerlukan di sekitar Kuantan, Temerloh, Jengka, Bera dan Maran selain Shah Alam ketika PKP fasa pertama.
"Namun, bagi tidak mengganggu tugas jabatan yang berwajib, kami kini membantu menyediakan masakan percuma kepada frontliner di sekitar negeri Pahang," katanya.
Jaja sebelum ini pernah menerbitkan beberapa telefilem antaranya Esok Untuk Kita, Sesalan Terakhir, Dia Kembarku dan Travelogue Backpackers: Balkan.
Malah, syarikatnya bertanggungjawab untuk membawa masuk beberapa drama bersiri luar negara seperti P. Allen Smith The Garden Style & Weird But True dari US
#PKP #Jaja Ishak #Kembara Sufi
;