Berita

"Nak Selesaikan Konsert Dulu, Baru Nak Luangkan Masa Untuk Rawatan" - Zamani

gempak
Asraf Aided
25/02/2019
13:00 MYT
Sponsor Banner
"Nak Selesaikan Konsert Dulu, Baru Nak Luangkan Masa Untuk Rawatan" - Zamani
Penyanyi Zamani menjelaskan jadualnya sibuk dan padat dengan konsert dan undangan persembahan.
Menerusi laporan HLive, Zamani memberitahu bahawa keadaan kesihatannya masih terkawal dia dia masih mempunyai tenaga untuk membuat persembahan.
"Keadaan kesihatan saya masih terkawal, walaupun belum sembuh sepenuhnya tapi saya mampu untuk bersama anda semua.
"Buat masa ini, saya nak selesaikan segala undangan persembahan dan konsert dahulu, selepas itu barulah saya akan luangkan masa untuk rawatan.
"Setakat ini, belum ada rawatan khas yang saya ambil tetapi doktor ada bekalkan saya ubat," katanya.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live