gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Terlalu Jauh Nak Jadi Ikon, Tapi Saya Nak Aktif Menyumbang Kepada Perlis” – Fasha Sandha
HIBURAN
Fila Amir Bidas Netizen Persoal Wajah Anak - “Soalan Pun, Macam Kita Tuhan Pula”
HIBURAN
Komen Isu 4U2C, Ajai Dakwa Beri Fakta, Tiada Niat Tutup Periuk Nasi Sesiapa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Nak Sentiasa Doakan Arwah Ibu, Anak Ridzokumura Tak Mahu Tinggalkan Solat - “Banyak Lagi Sky & Saya Kena Belajar…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
02/07/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Nak Sentiasa Doakan Arwah Ibu, Anak Ridzokumura Tak Mahu Tinggalkan Solat - “Banyak Lagi Sky & Saya Kena Belajar…”

Perkongsian video usahawan Ridzuan Ridzokumura yang memperlihatkan anaknya iaitu Sky Taizo Okumura sedang menunaikan solat menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ridzo memberitahu anak lelakinya itu enggan meninggalkan solat kerana mahu mendoakan arwah ibunya iaitu Akiko Okumura yang meninggal dunia pada Februari lalu.

“Alhamdulillah, banyak lagi Sky dan saya kena belajar. Sky kata dia tak nak tinggal solat sebab selepas solat dia nak berdoa untuk arwah ibunya,” tulis Ridzo.

Malah, Ridzo turut berkongsi Sky dibimbing oleh seorang ustaz untuk memperbaiki solatnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Sky yang mendahulukan solat dan berharap akan sentiasa istiqamah.
“Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung. saham terbesar untuk abg dan arwah akiko.
“Bagus sky. belajar slow2. kita manusia tak sempurna. janji ada semangat untuk lebih baik..”
“Itu la bagusnya arwah dan sky rapat sgt ketika hayat arwah dulu..sky manja dgn arwah ibunya.bila arwah dh tiada jd asbab sky semakin dkt dgn islam. sbb dia tahu doa dr dia sbg anak utk ibu & bapanya.
“Hikmah ada waris/anak bila kita meninggal dunia ada doa dr anak yg soleh.
“Alhamdulillah..semoga jadi anak yg kuat, yg soleh mendoakan kedua ibu bapanya,” komen netizen.

Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.

Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura.
Topic Berkaitan
#Ridzokumura
#Akiko
#Sky
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement