Laman Utama

“Nak Tadah Air Pastikan Bertutup”- 4 Hari Kena Gangguan Air, Aishah Minta Bersabar

gempak
Syafiqah Jalal
13/10/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Nak Tadah Air Pastikan Bertutup”- 4 Hari Kena Gangguan Air, Aishah Minta Bersabar
Penyanyi Aishah akui dia antara yang terlibat dengan masalah gangguan bekalan air di Selangor.
Kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin ia dugaan yang besar juga buat keluarganya apatah lagi gangguan air itu berlangsung selama empat hari.
“Dari jam 5 pagi non stop,menunaikan hak pada Allah,pada anak-anak ,keluarga dan diri sendiri.
“Tambah pula kena bersiap untuk ketiadaan air ni,satu cabaran juga. Kalau 1 hingga 2 hari tu rasa ok juga kalau dah sampai 4 hari tu hadoiiiiyai!!!!,” rungutnya.
Pelantun lagu Janji Manismu itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Aishah tetap memikirkan nasib orang lain yang mempunyai ahli keluarga yang ramai kerana ia pasti mencabar buat mereka.
“Kami tak ramai di rumah, I cannot imagine family yang ada anak-anak kecil, mesti stress level kaum mak-mak naik 2, 3 hari ni.
“Nak kena takung air pastikan bertutup. Bahaya bila ada anak-anak kecil dengan air bertakung,” nasihatnya.
Sementara itu, Aishah juga meminta tip yang boleh dilakukan ketika masalah gangguan air selain berkongsi apa yang dilakukan.
Please share tips and your thoughts on how you guys handle this no water situation. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.
“Saya letakkan bekas air(water/drink dispenser)ni di sinki dapur, jadi senang sikit kalau nak cuci pinggan.
“Hehe ataupun 4 hari ni pakai pinggan kertas jelah. Stay safe stay sabar,” ujarnya.
Masalah bekalan gangguan air telah diumumkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) awal minggu lalu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live