Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Nak Tag Menteri Belia Sekarang Taktau, So Tag Bekas Menteri Je Lah" - Pengguna Twitter Minta Bantuan

Badrul Hashim
17/03/2020 23:29 MYT
Tidak kiralah mereka adalah parti pemerintah mahupun parti pembangkang, tetapi jika dipilih oleh rakyat maka sesiapa sahaja boleh meminta bantuan jika diperlukan.

Itulah yang terjadi apabila seorang pengguna Twitter meminta bantuan bekas Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq.

"Pihak IPTA minta student kosongkan kolej segera hingga 31 Mac tapi ramai student Sabah/Sarawak tak boleh balik sebab tiket flight mahal.

"Golongan ini perlukan bantuan segera sebab mereka tiada tempat tinggal. Nak tag Menteri Belia sekarang taktau so tag bekas menteri jela Syed Saddiq," tulis pengguna Twitter Shelby.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Twitter tersebut mendapat perhatian Syed Saddiq dan beliau turut berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.

"Bagi mahasiswa yang mengutarkan masalah kerana dipaksa balik dan tiada tempat tinggal, jangan risau.

"Saya sudah hubungi UM, UTM, UIA, UPM. Semua tidak mewajibkan pelajar balik dan ada alternatif yang disediakan.

Tambah Syed Saddiq lagi untuk mahasiswa UiTM yang terkesan, mereka diminta menghubungi pihak universiti.

"Sudah disediakan penempatan di Koleh Mawar bagi mereka dari Sabah & Sarawak yang tidak dapat balik. Terima kasih UiTM," tulis Syed Saddiq lagi.

Salam/Hello. Bagi mahasiswa yang mengutarakan masalah kerana dipaksa balik dan tiada tempat tinggal, jangan risau. Saya sudah hubungi, UM UTM UIA UPM Semua tidak mewajibkan pelajar balik & ada alternatif yang disediakan. Bagi Mahasiswa UITM yang terkesan, Hubungi pihak uni kerana sudah disediakan penempatan di Kolej Mawar bagi mereka dari Sabah & Sarawak yang tidak dapat balik. Terima kasih UITM!

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on


Bantuan yang dihulurkan oleh Syed Saddiq itu mendapat rata-ratanya mendapat pujian daripada netizen.
#Syed Saddiq #Covid- 19 #IPTA
;