Hiburan

Nak Tamatkan PKP? 6 Kriteria Ini Diperlukan Terlebih Dahulu!

gempak
Hanafis Haris
22/04/2020
05:12 MYT
Sponsor Banner
Nak Tamatkan PKP? 6 Kriteria Ini Diperlukan Terlebih Dahulu!
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan sudah pun memasuki fasa ketiga dan tidak mustahil ia akan berlarutan sekiranya rangtaian wabak COVID-19 masih belum dapat dihapuskan.
Namun begitu, pastinya ramai yang menaruh harapan sekiranya PKP mampu ditamatkan dalam tempoh terdekat.
Menjawab persoala berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan terdapat enam kriteria yang bakal diteliti bagi menentukan kesinambungan perintah kawalan pergerakan.
Menurutnya enam kriteria tersebut perlu dinilai setiap kementerian dan agensi yang berkenaan sebelum menghentikan kawalan di sesuatu kawasan.
"Ia merangkumi aspek kawalan sempadan, kawalan pergerakan, persediaan sistem kesihatan serta tindakan dan strategi melindungi kumpulan yang berisiko tinggi seperti penyakit yang menjalani kemoterapi dan penyakit kronik.
"Selain itu, pengamalan norma baru seperti kerap membasuh tangan dan penjarakkan sosial serta mengenal pasti kawasan dan kumpulan dalam komuniti yang berpotensi dijangkiti juga antara kriteria utama," katanya.
Tambahnya, tiada jaminan PKP akan ditamatkan pada 28 April dan belum ada sebarang keputusan sama ada kawalan akan disambungkan atau tidak.
“Sebelum tamatkan, kena tengok kes aktif iaitu kebarang jangkitan kes tersebut, kalau kita boleh kawal, kita boleh pertimbangkan tamat PKP.
“Kalau tamat pun, mungkin tidak akan tamatkan sekali gus,” katanya.
Sumber: freemalaysiatoday
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024