Kelibat ‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zain hadir yang hadir di hadapan laluan masuk Jalan Langgak Duta menarik perhatian orang awam, terutamanya kalangan petugas media yang berada di situ.

Ditanya tentang kehadiran beliau di situ, Ibrahim berkata tujuannya hanya untuk menziarah dan menyanjungi sumbangan yang telah diberikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Datang nak menziarah je. Nak tengok sejarah.

“Tak, tak payah la saya masuk,” katanya.

Ketika ditanya pemberita, dia hanya berkata, “Semoga semua baik-baik sahaja. Kita terus berdoa,” sebelum masuk semula ke keretanya dan beredar dari lokasi.

Terdahulu, Najib hadir memberi keterangan kepada SPRM buat kali kedua untuk membantu siasatan berhubung kes melibatkan SRC International.

Beliau tiba di kediaman rasminya di Taman Duta pada pukul 5.23 petang semalam selepas disoal siasat selama tujuh jam di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Sumber: Astro Awani
Foto: Carian Google