Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Nak Tinggal Kat Sekolah”- Terbalik Pulak, Lucu Bila Murid Menangis Tak Nak Balik Rumah!

Syafiqah Jalal 23/03/2022 | 03:56 MYT

Kebiasaaannya murid pasti akan takut dan gementar pada hari pertama sekolah, sehingga ada yang tidak mahu berpisah dengan ibu bapa.

Tetapi lain pula cerita seorang murid sekolah tadika yang tular di media sosial semalam, apabila budak itu menangis kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas tamat persekolahan.
Dari video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, murid perempuan yang comel itu merajuk dan menangis apabila diminta ayahnya masuk ke dalam kereta untuk pulang.
Malah dia yang susah memasuki kereta bertindak untuk keluar kembali kerana mahu pulang ke sekolahnya.
“Menangis tak nak balik pulak dah…Nak tinggal kat sekolah,” tulisnya dalam video berkenaan.
Video berkenaan menarik perhatian netizen yang lucu dengan gelagat comel budak perempuan itu yang dikatakan melawan ‘hukum’ sekolah.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 52K tanda suka, 3300 komen di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat budak perempuan ini yang dikatakan lucu dan luar dari kebiasaannya.
“Jenis ni limited,” komen salah seorang pengguna laman sosial berkenaan.
“Melawan hukum sekolah ni,” kata salah seorang netizen.
“Eh hahah dik, ni terbalik dah dik,” ujar salah seorang warga maya.

undefined
#Viral #Trending #sekolah #Tular #Pelajar #Budak #Murid #Lucu #Gelagat
;