Pelakon Ariff Aziz menerima pelbagai komen dari peminat wanita yang berunsur godaan selepas bekas isterinya, penerbit Datuk A Aida mengumumkan perceraian mereka semalam.

Dalam kemas kini terbaharu Ariff di Instagram miliknya pagi tadi, jejaka itu mendapat perhatian peminat, terutamanya dari golongan wanita.

Ariff dalam entri tersebut memberitahu semalam dia telah mendapat perhatian ramai pihak.

Perkara ini terjadi apabila bekas isterinya membuat satu sidang akhbar mengenai perceraian mereka.

[BACA: Berpisah Selepas 10 Bulan Berkahwin, A Aida Enggan Dedah Punca Cerai]

“Morning and have a nice day.. yesterday’s, full attention mode.. It has been quite sometime since I was an important arsenal, here we go again..” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian gadis-gadis yang cuba menggodanya kerana dia kini sudah kembali solo.



A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 48, dan Ariff atau nama sebenarnya, Wan Izma Ariff Abd Aziz, 30, berpisah dengan baik di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur pada 25 April lalu.

A Aida dan Ariff mula mengenali hati budi masing-masing semenjak 2015 ketika menjalinkan kerjasama dalam beberapa projek drama terbitan syarikat produksi A Aida, A Aida Productions.

Mereka bernikah pada 21 Julai 2018 dengan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran bernilai RM20,000.

Ini adalah perkahwinan keempat buat A Aida. Sebelum ini, A Aida pernah melalui episod duka perkahwinan dengan Ameng Spring dan dua individu lain.

Morning and have a nice day..yesterday’s, full attention mode..It has been quite sometime since I was an important arsenal, here we go again.. #bae #meeting #beastmode

A post shared by AriffAziz7 (@ariffaziz7) on