Nak Tukar Duit Raya RM10, RM50? Ini Senarai ATM Bank-Bank Utama Yang Perlu Anda Tuju!

Gempak
April 2, 2024 13:25 MYT

Hari Raya Aidilfitri makin hampir dan perkara utama yang sering menjadi keutamaan sebelum menjelangnya 1 Syawal adalah duit raya!

Begitupun, penukaran duit raya merupakan satu proses yang sedikit merenyahkan. Hal ini kerana, individu yang ingin berbuat demikian perlu beratur di bank sebelum membuat penukaran ke not Ringgit Malaysia yang diinginkan.
Proses penukaran duit raya menjadi semakin rumit lebih-lebih lagi jika bank yang dituju tidak lagi menerima permintaan untuk menukar duit raya.
Tahukah anda terdapat mesin ATM yang menyediakan hanya wang kertas RM10 atau RM50? Berikut merupakan senarai mesin ATM beberapa bank utama di Malaysia yang boleh anda tuju!

Maybank

Menerusi ATM yang terpilih, anda boleh mengikuti cara yang pernah dikongsikan oleh pengguna di Facebook:

1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang memiliki gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’.
2. Tekan 'pengeluaran' dan pilih jumlah
3. Jumlah maksimum pengeluaran adalah RM300.
Menurut notis yang dikeluarkan oleh Maybank, penukaran not baharu boleh dibuat di mesin ATM berikut mulai 1 April 2024 hingga 9 April 2024:

CIMB

Affin Bank

Bank Islam

Sumber: ECentral

Foto: The Business Times

ARTIKEL BERKAITAN: Duit Raya RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah!

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Kalut Tak Raya Awal, Tarikh Lihat Anak Bulan 9 April Ini

#AFFIN #ATM #Bank Islam #CIM #Maybank #Tukar duit raya