Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Nak Tunggu Dia Bogel Baru Boleh Tegur?” - Netizen Berdebat Perihal Aurat Aedy Ashraf

Izwan Isa 06/10/2021 | 12:55 MYT
Umum mengetahui pelakon Aedy Ashraf merupakan individu yang rajin bersenam dan bersukan. Selain melibatkan diri dengan sukan futsal dan bola sepak, pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan itu juga kerap ke gimnasium.
Hal ini dapat dilihat menerusi rutin perkongsian gambar tanpa pakaian yang sering dilakukan oleh Aedy di akaun Instagram miliknya. Begitupun, tindakan Aedy atau nama sebenarnya, Mohammed Zaedy Ashraf Rosmadi, 28, itu kerap mengait kritikan dalam kalangan pengikut.

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Terbaharu, menerusi tiga keping gambar yang dikongsikan, Aedy seperti biasa memuat naik fotonya tanpa pakaian yang dirakam dengan berlatar belakangkan kehijauan alam. Sekali lagi, Aedy menerima kecaman kerana didakwa mempamerkan auratnya buat tatapan umum.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberi ingatan kepada Aedy supaya menyarungkan baju dan sentiasa menjaga auratnya.
“Aurat bro, rasanya dah belajar kot,” tulis seorang individu dengan nama @syazani171.
BACA: "Tarzan Malaysia? Hmmm, Not Bad..." - Aedy Ashraf
Dalam masa sama, terdapat perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membela tindakan Aedy dengan mengatakan pelakon drama Projek: Anchor SPM itu tidak melakukan hal yang keterlaluan iaitu berbogel.
“Lepas tu, nak tunggu dia bogel baru boleh tegur? Aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Benda wajib kena tegur kita tegurlah, untuk jadi pengajaran,” balas netizen terhadap komen berkenaan.
Sungguhpun pengguna media sosial rancak berdebat di ruangan komen, namun, Aedy langsung tidak memberikan sebarang respons terhadap komen atau kritikan yang ditinggalkan oleh netizen.
Memetik kembali kenyataannya beberapa tahun lalu menerusi laporan media, Aedy berkata, tujuan memuat naik gambar sedemikian di Instagram adalah untuk menghargai diri sendiri selepas meluangkan waktu di gimnasium.
“Setiap apa yang kita lakukan, mesti mahu lihat hasilnya. Jadi itulah cara saya. Apa yang dipaparkan di laman sosial saya adalah diri saya sebenar.
“Dikecam atau tidak, saya tidak pernah ambil peduli. Tak suka jangan tengok. Kehidupan saya amat ringkas,” katanya.
#Aedy Ashraf #Aurat #Kekar
;