Penyampai radio, Linda Onn mendedahkan dia bakal membuka kelas penyampaian radio kepada siapa yang berminat.

Menurut Linda sudah tiba masanya untuk diberkongsi ilmu yang dia ada selepas berpengelaman menjadi penyampai radio selama lebih 20 tahun.

“Nak tunjuk dekat semua bagaimana saya bekerja belakang tabir sebagai seorang Linda Onn yang memang suka bercakap kat microphone dan bercakap sendiri ni.

“Hari tu saya ada bertanya di Instagram (IG), siapa nak join kelas online menjadi penyampai radio

“Tak sangka respon bagus pula. Sekarang perlu siapkan modul pula untuk mengajar.

“Nak turunkan ilmu ni...haha.. ala.. sharing pengalaman je,” katanya.

Linda berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut memuat naik video bagaimana dia membuat rakaman ‘voice over’ untuk iklan di radio.

Linda yang bermula sebagai penyampai radio di ERA selama 10 tahun kini merupakan penyampai radio di Kool FM.

Macam ni lah keadaan waktu rekod VO (Voice Over). Padahal iklannya cuma 30 saat tapi nak memuatkan semua patah perkataan dalam 30 saat tu, perlukan kemahiran kepantasan melemparkan setiap ayat tetapi dengan intonasi yang betul supaya apa yang kita baca tu "sampai" kepada pendengar. Haaa... faham? ??. Saja je share video ni. Nak tunjuk kat u all bagaimana kerja belakang tabir seorang Linda Onn yang memang suka bercakap kat microphone dan bercakap sendiri ni. Hari tu kita tanya kat IG, siapa nak join kelas online menjadi penyampai radio, eh respon bagus pulak.. dah nak kena siapkan module pulak untuk mengajar. Nanti k. Nak turunkan ilmu ni...haha.. ala.. sharing2 pengalaman je..gitewww.. good nite! Iklan u ni @sifufbads . Thank u @krillrashid

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on