“Nak Turunkan Ilmu Ni…”-Linda Onn Buat Kelas Jadi Penyampai Radio

Syafiqah Jalal
Jun 12, 2020 07:00 MYT

Penyampai radio, Linda Onn mendedahkan dia bakal membuka kelas penyampaian radio kepada siapa yang berminat.

Menurut Linda sudah tiba masanya untuk diberkongsi ilmu yang dia ada selepas berpengelaman menjadi penyampai radio selama lebih 20 tahun.

“Nak tunjuk dekat semua bagaimana saya bekerja belakang tabir sebagai seorang Linda Onn yang memang suka bercakap kat microphone dan bercakap sendiri ni.

“Hari tu saya ada bertanya di Instagram (IG), siapa nak join kelas online menjadi penyampai radio

“Tak sangka respon bagus pula. Sekarang perlu siapkan modul pula untuk mengajar.

“Nak turunkan ilmu ni...haha.. ala.. sharing pengalaman je,” katanya.

Linda berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut memuat naik video bagaimana dia membuat rakaman ‘voice over’ untuk iklan di radio.

Linda yang bermula sebagai penyampai radio di ERA selama 10 tahun kini merupakan penyampai radio di Kool FM.

#Penyampai radio #Linda Onn