Pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa, Adam Corrie menempelak tindakan segelintir individu yang menggunakan prank untuk menguji isi hati seseorang.

BACA: Hilang Duit RM20,000 & Boyfriend, Gadis Ini Kantoi Tak Setia

Kata Adam, dia membantah tindakan itu sekeras-kerasnya dan menyeru orang ramai tidak prank untuk tujuan sedemikian.

"Sejujurnya saya tak suka prank. Nak menguji seseorang bukan dengan prank.

"Kita nak orang jujur dengan kita atau suka-suka sahaja prank.

"Tapi sebenarnya kita yang tak jujur dan tak yakin dengan diri sendiri melalui cara kenakan prank pada seseorang.

"Jangan mainkan perasaan orang lain," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Kecoh di media sosial apabila sekumpulan Youtuber melakukan prank terhadap pasangan untuk menguji kesetiaan masing-masing.

Tindakan itu mendapat bantahan ramai hingga ada yang menyifatkan gurauan sedemikian keterlaluan!