Nakal Sangat, Ibu Bapa Ikat Anak Di Tiang Restoran
Izwan Isa
28/08/2023 02:50 MYT
28/08/2023 02:50 MYT
Sepasang suami isteri di China menjadi perhatian pengguna media sosial selepas mengikat anak lelaki mereka yang nakal pada sebatang tiang di restoran.
Memetik South China Morning Post, pasangan dari wilayah Zhejiang itu difahamkan cuba mendisiplinkan anak mereka yang barlari-lari dan membuat bising ketika keluarga berkenaan sedang makan di dalam sebuah restoran barbeku.
Seorang pelanggan restoran, Zhang merakam video kejadian itu pada 19 Ogos lalu.
Selepas budak lelaki itu diikat menggunakan pita pelekat, ibu bapanya mengeluarkan telefon bimbit dan merakam gelagat anak mereka yang meraung sambil cuba melepaskan diri.
Mereka kemudian kembali ke dalam restoran untuk menghabiskan makanan.
Menurut Zhang, restoran itu dipenuhi ramai pelanggan dengan kebanyakan mereka ketawa sambil merakam video budak lelaki tersebut.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan ada yang bersetuju dengan tindakan tersebut serta sebaliknya.
“Budak lelaki itu akan mendapat pengajaran dan akan berkelakuan baik pada masa hadapan,” kata seorang pengguna.
“Saya mahu tahu adakah tindakan itu memudaratkan anak mereka. Saya langsung tidak berasa ia kelakar,” kata netizen lain.
Sumber: South China Morning Post menerusi Kosmo!
BACA: [VIDEO] Budak Lelaki 6 Tahun Keluarkan Alat Sulit Depan Kawan, Rupa-Rupanya Tiru Aksi Ranjang Ibu Bapa