Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Nakal Tu Faham, Tapi Jauhkan Sifat Degil..." - Irma Hasmie Harap Kekuatan Dalam Laksanakan Tanggungjawab

Badrul Hashim 12/02/2019 | 21:10 MYT
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak-anak mereka berjaya? Apatah lagi kejayaan di dunia dan di akhirat.
Itulah doa dan harapan Irma Hasmie pada coretan di Instagram untuk dua orang cahaya matanya.

Doa selalu jadi anak soleh...nakal tu mmy faham, tapi jauhkan sifat degil.. Nauzubillah, xmau perkara negatif. Niat untuk Irfhan faham al quran, ada rezeki tahfiz insyaAllah bole usaha. Moga dipermudahkan oleh Allah swt. #redzasyahirfhan #irfhan5years

A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

"Doa selalu jadi anak soleh. Nakal tu Mommy faham, tapi jauhkan sifat degil. nauzubillah, tak mahu perkara negatif," tulis Irma buat puteranya, Irfhan.
"Niat untuk Irfhan faham Al-Quran, ada rezeki tahfiz, Insya-Allah boleh usaha.
"Ini sorang lagi. Doa lagi banyak-banyak, minta sangat Allah jaga setiap saat umur dia meningkat," sambung Irma di entri gambar puterinya, Naylie.
Irma juga turut mendoakan semua ibu dan ayah yang melihat Instagramnya supaya menjadi kuat melaksanakan tanggungjawab.

Ini sorang lagi... Doa lagi banyak2, minta sangat Allah jaga setiap saat umur die meningkat..moga akhlaknya sentiasa mendapat petunjuk Allah swt, terpelihara dari sebarang kejahatan. Mudah2an dua2 anak mmy dekat dengan cara kehidupan Rasulullah saw. Allah.. Jadikan kami semua yg disini yg membaca ini menjadi ibu ayah yg kuat, melaksanakan tanggungjawab mendidik setiap anugerah zuriat kurniaan Allah pada kami ini sebaiknya dan tidak lari dari Quran dan Sunnah, ameenn ameeennn aaameeennn. Ini lah bekalan kita di alam barzakh dan akhirat kan... #irmanurnaylie #naylie4years

A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

"Tanggungjawab mendidik Setiap anugerah zuriat kurniaan Allah pada kami ini sebaiknya dan tidak lari dari Al-Quran dan Sunnah," tulis Irma.
Irma Hasmie berkahwin dengan Redza Syah Azmeer pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Redza Syah Irfhan serta Irma Nur Naylie.
#Irma Hasmie
;