#NakCakapSikit: Allahu…MamaSab Samakan Tuhan Dengan ‘Makhluk Halus’…?

Fiza Kamarudin
Disember 16, 2021 01:04 MYT
"Sebab tuhan adalah makhluk halus yang you tak nampak,”… Inilah kenyataan MamaSab, seorang founder makanan popular yang mencetus kemarahan ramai.
#NakCakapSikit sikit pun terkejut masa mula-mula tonton video yang tular dan dengar MamaSab cakap macam tu.
Rasa marah pun ada juga. Terdetik dalam hati, tegarnya dia menyamakan tuhan dengan makhluk halus…
Beginilah, nak cakap lebih-lebih…Benda pun sudah berlaku. Suka-tak suka MamaSab kena terima yang kenyataan dikeluarkan itu tidak sepatutnya diungkapkan.
#NakCakapSikit nak mohon maaf awal-awal ya MamaSab…Semoga selepas ini MamaSab perbaiki dan tidak ulangi lagi perkara macam ini.
Bukannya apa, kita ini manusia yang lemah yang banyak sifat kekurangan. Bimbang nanti kesilapan dalam berkata-kata boleh merosakkan akidah.
Mohon MamaSab perbaiki dan belajar lagi selepas ini jika mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan agama, lebih-lebih lagi melibatkan nama Allah SWT.
Apapun terima kasih kepada Mamasab kerana tampil memohon maaf dan mengaku kekhilafan.
#NakCakapSikit difahamkan, MamaSab hanya ingin menggambarkan tentang betapa besarnya kuasa Allah SWT dan mengakui perkataan digunakan kurang sesuai.
Ni #NakCakapSikit…Diharap perkara seumpama ini tidak berulang lagi ya. Jadikanlah pengajaran. Berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum berkata-kata.
Kalau tidak pasti, rujuklah kepada mana-mana ilmuwan atau agamawan terlebih dahulu.
#Viral #NakCakapSikit #MamaSab Tuhan Makhluk Halus