Akhir-akhir ini banyak perkara berlaku dan menarik perhatian ramai. Dari cerita politik negara, dunia, vaksin, pandemik Covid-19 sampailah ke isu sosial yang lain.

Mengikuti perkembangan semasa, #NakCakapSikit suka apabila berlaku perdebatan dan perbincangan ilmiah menyebelahi mana-mana pihak. Aman.

Namun apa yang berlaku hari ini, di media sosial terutamanya…Apa sahaja isu yang timbul ramai yang suka berlebih-lebih dalam meninggalkan pendapat. Tambah-tambah lagi apabila melibatkan individu yang mereka suka, fanatik.

Dalam erti kata lain taasub! Ok, sebelum tu suka #NakCakapSikit ingatkan yang penulisan ini general dan bacalah dengan hati yang terbuka.

Taasub mengikut mengikut definisi Kamus Dewan, berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seorang”. Ia juga bermaksub fanatik, keterlaluan, pelampau, ekstrem.

Nampak tak, mengetahui maksudnya sahaja pun sudah menakutkan. Selama hari ini banyak yang berlaku disekeliling kita terkait dengan ketaasuban atau fanatik ni.

Oleh itu berpada-padalah kerana taasub ini kalau diamalkan boleh memakan diri. Hujung-hujung menyesal tak sudah.

Tidak kiralah siapa yang korang taasubkan itu.Taasub artis ke, ahli politik hatta tokoh terkenal sekalipun tetapi jangan sampai mempertahankan sehingga sanggup mati walaupun disuruh buat perkara yang salah.

Terimalah pandangan dan ideologi berbeza dan bersikap terbuka. Bukan terus melenting lepas tu terus ‘cancel’. Amalkan tasamuh dan toleransi. Tasamuh ialah kelapangan dada, keluasan fikiran dan kesabaran.

Dalam Al-Quran pun ada dinyatakan tentang taasub ini dalam beberapa surah yang memberi peringatan apabila terlampau taasub kepada individu yang boleh menjurus kepada kesesatan dan ketidak tenteraman menerusi hidup bermasyarakat.

#NakCakapSikit…Tepuk dada, tanyalah Iman. Usah berbalah mempertahankan individu yang ditaasubkan tetapi carilah jalan pendamaian dan bersatu. Gunakan internet yakni kemudahan teknologi hari ini untuk mendekatkan ummah, bukan sebaliknya.