,
Laman Utama

#NakCakapSikit: Bawa Anak Berkelah, Bersesak Boleh…Hantar Pergi Sekolah? Errr…Tak Yakin Lagi!

Fiza Kamarudin
15/09/2021
11:37 MYT
Dua tiga hari ini ramai betul yang bising bila tengok foto viral ibu bapa yang dah mula bawa anak-anak ke tempat rekreasi.
Ada yang bawa pergi berkelah di tepi sungai, pantai dan tak kurang juga yang dah sampai ke Langkawi melancong bersama keluarga.
Tak ada salahnya perbuatan itu, tetapi tak kena di mata orang lain bila ada yang ambil lewa soal SOP, contohnya biarkan anak-anak bergaul bebas tanpa pelitup muka.
Sebenarnya benda-benda macam ni, common sense. Bila nampak tempat yang dikunjungi terlalu padat apalah salahnya ‘lari’ ke tempat yang ‘longgar’.
Beringatlah, yang anak-anak kita masih belum memiliki vaksin dan terdedah dengan Covid-19. Ya, kelonggaran diberi…Tetapi bukan untuk di salah guna.
Faham, kita nak bawa anak-anak lepaskan stress yang dah berbulan-bulan tak pijak tanah, tapi berpada-padalah.
#NakCakapSikit perhati, di media sosial ramai berdebat tentang isu ini. Ada yang kata, mereka ini berani bawa anak bersesak berhimpit di tempat awam yang ramai orang tetapi bila bab hantar anak ke sekolah dia cakap:
“Anak aku, aku punya pasal lah!”, "Aku belum sedia nak hantar sekolah", "Dekat sekolah nanti risau cikgu tak sempat tengok, aku bawak anak pergi tempat ramai orang pun, at least anak depan mata aku!"
Ye tak ye…Anak dia kan…Suka hati dialah…Yang memerhati jangan pula cepat jatuh hukum. Korang tahu ke dorang yang bawa anak berkelah ni, takkan hantar anak ke sekolah?
Tidak kan? Netizen suka pukul rata! Jangan macam tu, bersangka baiklah…Tak ada ibu bapa yang nak tengok anak-anak mereka sakit. Mereka hanya mahu anak happy.
Kalau tidak, takkanlah ada ibu hamil mengidam Lamborghini sebab bayi dalam perut yang teringin?
Berbalik kepada isu menghantar anak ke sekolah, terpulanglah kepada individu. Selagi mereka rasa belum yakin tidak perlu dipaksa.
Semua mahu yang terbaik untuk anak masing-masing…Lagi pun bukanlah tidak mahu menghantar anak ke sekolah tetapi ramai yang mengambil pendekatan untuk memantau dahulu keadaan semasa.
#NakCakapSikit pasti, sekarang ini ramai ibu bapa yang sedang mempersiapkan mental dan fizikal untuk ‘hidup bersama’ Covid-19. Suka atau tidak, itulah yang terpaksa kita semua berdepan.
Tinggal lagi, kehidupan kita mungkin tidak ‘sebebas’ dulu atau mengambil masa untuk kea rah itu. Berdoa sahajalah mohon pada yang Kuasa.
Jangan hanya pandai mengeluh tetapi tak praktik pun apa yang sepatutnya dipraktik!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Unitar