Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#NakCakapSikit: Belajar Hidup Dengan Virus, Bukan Biakkan Virus! Sampai KJ Pun Tegur Makin Ramai Buka Pelitup Muka!

Fiza Kamarudin
20/10/2021 12:13 MYT
Baru-baru ini Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) menyatakan kebimbangan beliau apabila melihat semakin ramai yang berani membuka pelitup muka.

Sudahlah begitu, tanpa rasa bersalah memuat naik foto di laman sosial masing-masing.

Ada betulnya apa yang YB KJ katakan tu. Betul kita semua sudah lama tak berjumpa tetapi perlu diingat yang kita masih belum kalah dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Pakailah pelitup muka walaupun kita berkumpul di dalam rumah. Kita tidak tahu dalam ramai-ramai mungkin ada ‘pembawa’.

Kita semua kena belajar hidup dengan virus bukan membiakkan lagi virus pembunuh ini. Kenang kembali berapa ribu nyawa telah diragut Covid-19?

Ya, peralihan fasa sudah berlaku tetapi bukan bermakna kita sudah bebas daripada wabak Covid-19, malah prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dipatuhi.

Kita semua perlu menelan realiti yang kehidupan sekarang tidak lagi seperti dahulu. Terimalah yang kita sedang hidup bersama virus.

Amalkan norma baharu yang ditetapkan pihak berwajib. Tak kiralah rakyat biasa mahupun yang kayangan kena peka dan prihatin. Janganlah bila kata ‘dah longgar’, boleh buat sesuka hati.

Di beberapa tempat #NakCakapSikit tengok, khususnya di pinggir atau di luar bandar…Ramai betul yang melepak di kedai kopi tanpa pelitup muka!

Lagaknya macam kebal! Tolonglah…! Jangan bila dah terhantuk nanti baru nak terngadah…

Meskipun kelonggaran aktiviti bersosial dilaksanakan oleh kerajaan, kita mesti kekal mematuhi saranan kerajaan seperti mematuhi SOP, mendapatkan vaksinasi dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Lagi satu, jangan mudah menerima dan mempercayai sebarang spekulasi atau berita palsu yang tersebar dalam media sosial.

Ni #NakCakapSikit, beringat-ingatlah sebelum kena. Negara masih belum pulih sepenuhnya dan kita kena sentiasa berwaspa. Ambil iktibar daripada kecuaian yang telah berlaku sebelum ini.

Dan lagi satu, jagalah kesihatan mental masing-masing dengan kekal berfikiran positif dalam mendepani segala kemungkinan disebabkan wabak Covid-19.

Jangan pandang enteng masalah seperti tekanan, kemurungan, kebimbangan dan lain-lain ya!

#Nak Cakap Sikit #NakCakapSikit #Endemik
;