,
Laman Utama

#NakCakapSikit: Boleh Ke Kita Capai Herd Immunity Dalam Masa 4 Bulan Ni, Kalau...?

Fiza Kamarudin
04/08/2021
15:15 MYT
Rasanya ramai yang dah biasa dengar tentang ‘herd immunity, tapi berapa ramai pula betul-betul faham mengenainya?
Okaylah ‘herd immunity’ atau imuniti kelompok dapat dicapai selepas penularan penyakit tidak lagi berlaku kerana kita semua dah ada imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit.
Contoh macam Covid-19 sekarang ini la. Apa ikhtiar yang kita ada? Ambil vaksin! Kalau kita tidak bantu diri sendiri, macam mana kita nak capai imuniti kelompok.
Apa salahnya kalau kita bantu kerajaan juga, bukan untuk orang lain…Untuk kita-kita juga.
Sampai bila korang nak berkurung macam ni? Kita nak kembali menjalani kehidupan normal kan?
Janganlah percaya omong kosong orang lain yang kononnya vaksin itu, vaksin ini. Tambah-tambah lagi sekarang dah ada varian baru yang lebih ganas dan kes positif mula meningkat secara mendadak.
Walaupun setiap hari ada kempen kesedaran sehingga merayu rakyat mendapatkan vaksin tetapi masih ada segelintir yang menolak, alasan? Tidak ada yang kukuh setakat ni (menerusi pemerhatian #NakCakapSikit laaa).
Budaya ‘hear-say’ dalam kalangan masyarakat kita hari ini pun antara faktor yang mungkin bakal menggagalkan usaha kerajaan untuk mencapai 100 peratus populasi dewasa menerima dos lengkap vaksin Covid-19 menjelang Disember ini.
Apapun tahniah #NakCakapSikit ucapkan kepada korang yang sudah lengkap dua vaksin dan bakal melengkapkan vaksin.
Kalau masih menunggu giliran, tak payah risau sebab sekarang dah ada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang korang boleh walk-in, tak perlu tunggu janji temu di MySejahtera lagi.
Ya, inilah inisiatif kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak dan memastikan kita semua dapat vaksin secepat mungkin.
Ni #NakCakapSikit….Tak perlu rasa ragu ambil vaksin, tak usah dengar khabar angin…Duk tunggu konon nak tengok dulu, buanglah sikap tu…Itu semua akan mengganggu segala usaha kerajaan untuk membantu rakyat kembali menjalani kehidupan normal dengan segera.
Kita nak sektor ekonomi kembali pulih. Kasihanilah sahabat-sahabat kita yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. Janganlah pentingkan diri sendiri.
Apa lagi pilihan yang kita ada? Nak kembali kepada kehidupan normal kita kenalah bantu-membantu kalau tidak sampai hujung tahun ini ‘imuniti kelompok’ akan jadi angan-angan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#NakCakapSikit: Mana Hilangnya Telur Ayam? Semua Dah Tak Bertelur Ke?

gempak
09/02/2022
12:40 MYT
Tertanya-tanya la jugak mana hilangnya. Kalau ada pun harga mahal yakmat!
Laman Utama

#NakCakapSikit: Jadikan Tragedi Pemandu Treler Sebagai Iktibar, Jangan Sibuk Nak Viral Je…

gempak
05/01/2022
13:15 MYT
Sibuk nak viral, sampai tak tengok keadaan orang lain...
Laman Utama

#NakCakapSikit: Tak Bagi Keluarkan KWSP Tapi Galakkan Buat Pinjaman TEKUN?

gempak
29/12/2021
14:17 MYT
Lebih Rela Rakyat BERHUTANG Daripada Keluarkan Duit Sendiri?
Laman Utama

#NakCakapSikit: Ambil Iktibar Dengan Bencana Yang Berlaku, Sudah-Sudahlah Menuding Jari!

gempak
22/12/2021
12:40 MYT
Bukan masa untuk 'aku salahkan kau, kau salahkan aku'!
Laman Utama

#NakCakapSikit: Allahu…MamaSab Samakan Tuhan Dengan ‘Makhluk Halus’…?

gempak
16/12/2021
01:04 MYT
Terlajak perahu boleh undur gais...Terlajak kata...?
Unitar