#NakCakapSikit: Euwww…Pengotornya! Orang Macam Ni Perlukah Dikaunseling?
Fiza Kamarudin
10/03/2021 13:45 MYT
10/03/2021 13:45 MYT
Sejak semalam tular foto sebuah kediaman (tidak dinyatakan lokasi) yang sangat kotor dan tidak terurus malah tak melampau kalau #NakCakapSikit kata menjijikkan!
Mana tidaknya kalau mesin penapis air pun sampai berlendir, berkulat (Agaknya macam mana rupa cawan dia)…Lantai dapur pulak memang boleh buat orang rasa geli nak pijak, itu tak jijik ke?
Mana tidaknya kalau mesin penapis air pun sampai berlendir, berkulat (Agaknya macam mana rupa cawan dia)…Lantai dapur pulak memang boleh buat orang rasa geli nak pijak, itu tak jijik ke?
Tu belum cerita fasal tandas dia...Nah! Tengok sendiri dan nilaikan!
Foto: Facebook Napisah Abu
#NakCakapSikit bukan nak mengeji tuan rumah yang katanya seorang ibu tunggal memiliki sembilan orang anak (empat orang sudah bekerja) cuma, tak boleh brain macam mana penghuninya boleh tinggal dengan selesa dalam rumah yang terlalu kotor macam tu?
Agaknya mereka ni lupa yang menjaga kebersihan itu juga sebahagian daripada iman. Kebersihan ini bermula daripada fizikal seseorang individu sehingga kepada kebersihan alam sekitar keseluruhannya.
Tak guna kalau korang keluar rumah pergi kerja wangi-wangi, cantik-cantik tapi hakikatnya pengotor ya amat!
Berbalik kepada rumah yang #NakCakapSikit katakan tadi, tidakkah empat orang anak yang sudah bekerja tadi terfikir nak tolong ibu mereka bersihkan rumah tu?
Foto: Facebook Napisah Abu
Macam mana korang boleh tidur lena weh? Esok-esok lusa mak mentua datang meminang pun boleh patah balik tau bila tengok keadaan rumah bakal menantu di level menjijikkan!
#NakCakapSikit…Tak malu ke? Kalau tak malu dengan masyarakat sekeliling, malulah dengan sendiri…Tanya balik dengan sendiri sampai bila nak hidup dalam persekitaran begitu?
Sebenarnya #NakCakapSikit terjumpa perkongsian mengenai kediaman jijik ini di laman sosial Facebook (FB) Natipah Abu.
Kata Natipah dia ke rumah tersebut selepas mendapat aduan terdapat masalah paip sumbat dan tidak ada plumber yang sanggup membaiki.
Malah Natipah sendiri pun kelu lidah ketika mula-mula melangkah masuk ke rumah tu…Keluar balik, sebab rasa nak putus nyawa.
Foto: Facebook Napisah Abu
Natipah hanya masuk semula selepas menyapu minyak cap kapak di hidung dan pelitup separa muka yang dia pakai!
Aduhai…cuba korang bayangkan? Tapi atas rasa tanggungjawab, Natipah teruskan jua usaha untuk membantu kerana tidak ada orang lagi sanggup.
Natipah seorang NGO yang aktif menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, jadinya suka atau tidak tanggungjawab perlu dilunaskan.
#NakCakapSikit harap perkongsian Natipah ini dapat membuka mata anda semua supaya menitikberatkan tentang kebersihan.
JANGAN TANYA DI MANA ! Kelu lidah .. Mula - mula masuk .. terpaksa keluar semula.. rasa nak putus nyawa .. Masuk...
Posted by Natipah Abu on Monday, 8 March 2021
Tambah-tambah lagi dalam keadaan sekarang, disaat kita sedang berdepan pandemic virus Covid-19.Oleh itu, penjagaan kebersihan perlu diberi pendedahan, penekanan dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.
Jagalah kebersihan kerana jika di rumah anda ada kanak-kanak dan warga tua, mereka lebih terdedah kepada penyakit khususnya wabak dan virus.
Ni #NakCakapSikit, dalam Islam, bersuci itu adalah sebahagian daripada iman. Ini diterangkan dalam sebuah hadis Nabi SAW: "Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan." (Hadis Riwayat Muslim).
Oleh itu, sekiranya umat Islam mengambil hikmah dari Covid-19 ini, pasti tiada masalah untuk meletakkan kebersihan sebagai perkara utama yang perlu dilaksanakan dalam seharian.
Tepuk dada, tanya iman! Kesimpulannya orang-orang yang terlalu pengotor ni apa bantuan yang boleh kita bagi? Kaunseling atau talkinkan terus?