#NakCakapSikit: Malu Kongsi Pendidikan Seks Dengan Anak? Sampai Bila Kita Nak Baca Berita Jijik Macam Isu Viral ‘PapaIdolaSemalaya?’
Fiza Kamarudin
17/02/2021 07:30 MYT
17/02/2021 07:30 MYT
Topik yang nak dibincangkan hari ini sebenarnya sangat sensitif bagi sesetengah pihak tapi aku rasa nak cakap jugak!
Sebab apa? Sebab benda ni sangat penting untuk memupuk kesedaran sosial dalam kalangan masyarakat kita.
Seriously, aku terkesan bila baca kisah tular mengenai so called abang angkat mencium bibir adik angkat yang juga lelaki sebagai tanda menunjukkan kasih sayang sesama mereka tu.
Oh please…benda tu buat aku rasa jijik, dalam masa sama berasa sangat kasihan kepada si adik angkat yang aku kirakan sebagai mangsa, apatah lagi aku dengar remaja tersebut merupakan anak autisme.
Ya, anak syurga gais! Aku terfikir adakah mangsa tahu apa yang diperlakukan terhadap dirinya itu salah? Dan si pelaku pula…tergamak…
Aku tak mahu menuduh atau cepat jatuh hukum sebab aku bukan hakim kat mahkamah yang boleh tentukan kesalahan orang lain…ye tak?
Cuma aku harap pihak berwajib siasatlah si pelaku iaitu so called abang angkat ini ya. Jika benar dia langgar Seksyen 14 (Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak) ambillah tindakan sewajarnya.
Dan kalau boleh (kalau), pihak yang berkenaan bawalah si adik angkat menjalani pemeriksaan di hospital sebab we never know.
Bukan bersangka buruk tapi aku harap tidak berlaku seperti apa yang aku fikirkan.
Jadi, kepada ibu bapa yang konon-konon malu nak bagi pendidikan seks kepada anak-anak tu, harap bolehlah fikir-fikirkan balik.
Aku sendiri, bila anak aku masuk usia 4 tahun setiap hari aku pesan; “Ingat, kat sekolah atau kat mana-mana sekali pun kalau orang mintak nak tengok private part atau nak pegang, jangan bagi! Kalau dia buat balik cakap kat mak…biar mak karate dia! Ingat, semua orang tak boleh termasuk ustaz, ustazah, cikgu, jiran, kawan…”!
Heh! Mesti ada yang kata aku melampau kan sebab macam nak ajar anak berprasangka! Tapi kalau kau fikir balik…Tahun 2018, 21 orang murid maahad tahfiz di Kuantan dicabul, diliwat, dipaksa melakukan amang seksual oleh seorang lelaki yang juga pemberi sumbangan kat situ. Kau rasa?
Ni nak cakap sikit, biarlah orang kata kau jenis mak bapak paranoid asalkan kau dapat lindungi anak-anak kau daripada perkara-perkara tidak diingini.
Biar mereka tahu tentang apa yang boleh, apa yang tak boleh. Apa yang akan berlaku sekiranya perempuan dan lelaki berhubungan intim dan apa maksud hubungan sejenis.
Semuanya boleh, secara berperingkat bersesuaian dengan usia anak. Selamatkan anak-anak kita daripada golongan psiko dan sakit ini.

Pssstttt...Jangan sampai benda ni jadi kepada anak-anak kita atau orang terdekat baru nak menyesal. Ni nak cakap sikit, kalau itu berlaku nasi dah jadi bubur bro!
#Nak Cakap Sikit
#Pendidikan Seks
#NakCakapSikit
#Amang Seksual
#Bangga Cium Mulut Adik Angkat
#Papa Idola Semalaya
#Seksual Grooming