#NakCakapSikit terpanggil nak cakap tentang topik ni selepas melihat trend ‘buat silap’ di kalangan usahawan ni untuk tujuan pemasaran.

Ya, memang betul cara tersebut memang menjadi dan kewujudan produk korang akan disedari dan disebut-sebut netizen.

Tapi sampai bila agaknya ‘trend’ macam ni nak berlarutan ya? #NakCakapSikit bagi contoh perkara yang berlaku baru-baru ini, apabila poster filem Budak Kripto dikecam hebat warganet yang menganggap ia ketinggalan zaman.

Apapun, #NakCakapSikit tidak menafikan alasan diberi penerbit filem tersebut Zamzuri Mohamed Tahir yang mengatakan ia sebagai strategi pemasaran menggunakan teknik ‘reverse psychology’.

Yup, ada logiknya tetapi bayangkan jika selepas ini trend ‘reverse psychology’ ini menjadi ikutan? Adakah sampai bila-bila kita akan melihat poster filem yang ‘ala-ala’? Tepuk dada tanya selera.

#NakCakapSikit harap selepas ini tak adalah lagi ya…Malulah kepada pelapis muda sebab #NakCakapSikit yakin poster filem tersebut boleh dibuat dengan lebih baik.

Apapun #NakCakapSikit respect jawapan diberikan penerbit filem tersebut cuma, #NakCakapSikit harap ia tak diamalkan selalulah...Kalau boleh, itu yang terakhir!

Trend Tayang-Menanyang, Janji Dapat Clout!

Kewujudan platform digital hari ini memang memudahkan untuk memasarkan atau melariskan sesuatu produk, tetapi biarlah kena pada caranya.

Seterusnya #NakCakapSikit rimas apabila melihat segelintir usahawan menyalahgunakan kemudahan yang ada pada hari ini, rakus nak jual barang sampai terlupa ada maruah diri.

Ada yang sampai hilang adab dan sanggup buat perkara menjijikkan di hadapan kamera semata-mata mengejar keuntungan! Kalau korang ingat lagi, pasangan suami isteri pernah pamerkan aksi ranjang secara live di FB untuk membuktikan produk mereka ni mampu hilangkan ‘kerak-kerak’ dicelahan tubuh! Astaghfirullahalazim…

Konon-konon sempoi dan nampak real la tu…Mana hilangnya rasa malu? Tak terfikir ke perasaan ahli keluarga terdekat? Tapi yang anehnya masih ada yang menyokong!

Dah sampai masa kot kita boikot mereka-mereka yang berlebih-lebih macam, suka mencarut, cakap perkara lucah, tayang buah dada dan tidak beradab di media sosial ni.

Marketing memudaratkan ini sangat tidak sihat kepada kita semua. Lagi pula kalau anak-anak kecil yang menontonnya!

Akhir kata, berniagalah dengan berkat dan penuh rasa tanggungjawab. Tak perlu jual maruah diri semata-mata nak barang laris..

Ni #NakCakapSikit, lepas ni kita boikot peniaga-peniaga melampau ni jom!