Sejak semalm viral perkongsian seorang peguam syarie Nur Fatihah Azzahra mengenai kes sumbang mahram melibatkan bapa dan anak perempuannya.

Apa yang buat #NakCakapSikit terkilan dan rasa sedikit mual apabila peguam daripada Tetuan Wali Azri & Associates mendedahkan bapa dan anak ini terlanjur kerana suka sama suka!

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar! Benarlah, masyarakat kita semakin tenat. Kalau dalam institusi kekeluargaan itu sendiri tidak diterapkan pengetahuan agama paling ‘basic’ apa lagi yang layak dilabel selain T.E.N.A.T?

Bukankah haram menikahi bapa kandung atau darah daging sendiri? Pengetahuan terpaling ‘basic’ kalau ikut logic akal sekalipun! (dibaca dalam nada tegas ya). Tetapi masyarakat kita hari ini gagal untuk menguasai perkara paling ‘basic’ ini?

Kejadian sumbang mahram ini sebenarnya menunjukkan tanda-tanda kepincangan institusi kekeluargaan dalam masyarakat dan negara sedang mengalami kemelut gejala sosial yang meruncing.

Apa pula peranan institusi berkaitan apabila ada kes seumpama ini dalam negara? Apa permasalahan sehingga berlaku sumbang mahram dan alternatif yang perlu diambil untuk membendung gejala tidak sihat ini?

Adakah kita sekadar melihat sehingga ia menjadi barah, sukar dirawat dan melarat dalam masyarakat?

Bayangkan apabila anak sanggup bersetubuh dengan bapa sendiri dan gembira kerana bakal melahirkan anak hasil hubungan sumbang tersebut?

Si ibu pula, kononnya sanggup bercerai talak kerana berkorban demi anak dan suami? Apa semua ni?
Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini?

Ni…#NakCakapSikit, bapa sebagai ketua keluarga sepatutnya menjadi pelindung kepada darah daging sendiri, apatah lagi anak gadis.

Terapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak bukan jadi syaitan bertopengkan manusia! Bentuklah keluarga yang harmoni, bajai dengan pengetahuan agama dan siramilah dengan penuh kasih sayang.

Back to basic gais, iman dan didikan agama adalah akar tunjang dalam pembentukan sahsiah manusia dan mampu menjadi penghalang dan benteng kepada kemaksiatan.