#NakCakapSikit: Pernah Dengar Peribahasa ‘Seekor Kerbau Membawa Lumpur, Semuanya Terpalit Sama’…?
Fiza Kamarudin
07/04/2021 06:50 MYT
07/04/2021 06:50 MYT
Fuh! Nampaknya isu langgar atau tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) menjadi topik terhangat dan paling suka 'diperdebatkan'.
Di laman-laman sosial sana-sini orang masih bercakap tentang isu ini dan #NakCakapSikit rasa ada beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada apa yang telah berlaku.
#NakCakapSikit ni, rasanya sudah tiba masa golongan-golongan tertentu (errr…#NakCakapSikit ringkaskan kepada GGT la ek…Senang nak sebut!) ini buka mata dan jangan pandang enteng isu SOP.
Atau dalam erti kata lain tolonglah prihatin dan jangan kerana memiliki kemewahan, terlupa tentang orang lain yang sedang bersedih hati kerana TIDAK LULUS nak merentas negeri?
Berapa ramai pula FRONTLINERS yang sudah letih dan hampir GIVE UP untuk terus berperang dengan kluster sedia ada dan yang baru?
Berapa ramai pula yang hilang pekerjaan kerana terpaksa berdepan dengan pandemik? Selagi pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berpanjangan, mungkin lebih ramai lagi akan kehilangan punca rezeki.
Kalau GGT ni ada keluaga, rasanya orang lain pun berkeluarga juga! Cuma bezanya tak tegar nak langgar SOP selepas memikirkan beberapa faktor seperti duit ringgit yang perlu dikeluarkan sekiranya dikompaun atau pendam saja perasaan kerana tak mahu bersikap SELFISH.
Jadi terpaksalah berkorban perasaan rindu dendam…Boleh faham kan? Tidak ada isu dengki atau iri hati tetapi pandanglah isu ini dengan mata hati.
#NakCakapSikit sedihlah juga bila sebuah balai polis di Cheras, Kuala Lumpur naikkan notis, dah masing-masing salahkan polis pula.
Sedangkan peringatan tersebut memang wajar kerana memang dah ramai pun yang ambil kesempatan disebabkan seseorang memberikan maklumat palsu dalam permohonan mereka.
#NakCakapSikit difahamkan notis yang tular di media sosial sejak itu sebenarnya merupakan peringatan lisan yang diberikan kepada anggota polis.
Ketua Polis Daerah Cheras, Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengesahkan peringatan diberikan kepada anggota polis yang bertugas supaya lebih berhati-hati ketika memproses permohonan perjalanan rentas negeri orang ramai.
Tetapi salah seorang anggota di salah satu balai polis telah salah faham dan kemudian mencetak peringatan itu dan memaparkannya kepada umum.
Polis pun manusia biasa…Bayangkan bagaimana mereka berada dalam dilema ketika memproses permohonan daripada orang ramai.
Tak kesian ke kepada mereka? Polis selalu disalahkan. Orang kritik polis kalau tak luluskan permohonan tapi bila mereka izinkan mereka juga dipersalahkan!

Janganlah bitter dan kata pihak polis ini gunakan GGT sebagai alasan untuk tidak membenarkan aktiviti merentas negeri pula. Sudah-sudahlah menuding jari...Yang mana salah tetap salah!
Nah..sebab itulah #NakCakapSikit kata ‘seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit semuanya’! Jangan disebabkan salah laku GGT, SOP diperketat, nak mohon rentas negeri pun nanti nak kena tambah dokumen itu dan ini.
#NakCakapSikit beri pandangan secara general ya, tidak menyatakan mana-mana kes pun. Ada yang terasa ke?

Pssstt…Ni, #NakCakapSikit GGT jangan mengundang please...
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.