Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan mengenai Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi untuk keluar daripada kemelut pandemik Covid-19.

Pelan diwujudkan kerajaan itu melibatkan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat iaitu empat fasa dengan tiga indikator utama.

Selepas pengumuman tersebut, warganet nampaknya lebih tertarik pada bahagian fasa keempat iaitu fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

Macam-macam reaksi diberikan warganet. Ada yang sudah tidak sabar-sabar nak capai fasa keempat, tetapi ada juga yang kata ia sekadar ‘nak menyedapkan hati’.

Biar apa pun pandangan korang…#NakCakapSikit rasa kita semua boleh merealisasikan ‘impian’ untuk merentas negeri, balik kampung jumpa mak dan abah..tapi….

Haaa…ada tapi tau…Usahanya kena bermula dari kita juga. Mana-mana yang masih belum percaya tentang Covid-19 tu sudah-sudahlah! Berpijaklah di bumi yang bulat bukan leper!

Selain itu, jagalah SOP! Penatlah nak cakap fasal jagan SOP ni…Bila cakap karang sibuk nak bandingkan dengan KAYANGAN. Aduhai…Sayangilah diri kita, biar KAYANGAN malu! Mereka tak ikut, mereka yang sakit…Masalahnya yang tak berapa nak KAYANGAN ni pun sama naik je bab-bab ingkar arahan ni.

Lagi? #NakCakapSikit harap sangat yang korang semua pergi ambil vaksin. Ahhh…gasaklah yang kata vaksin ada cip ke ada magnet ke…Anggap mereka ini satu geng dengan yang tengah pijak bumi leper.

Jadi…untuk ini, #NakCakapSikit harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk mempercepatkan dan lebih agresif dalam proses pemberian vaksin di negara ini.

Perbanyakkan juga kempen mengenai kebaikan vaksin ini. Contohnya macam Perancis, hebat betul promo mereka untuk meyakinkan rakyat kepada vaksin. Dah tengok ke belum? (Kalau belum better pergi cari…)

Akhir kata, #NakCakapSikit harap impian untuk kembali kepada norma kehidupan dulu menjadi kenyataan. Yang penting, kasi lepas dulu Pelan Pemulihan Negara Fasa Kedua dan Ketiga ya gais!

Tetapi jangan bila dah bagi rentas ke sana ke sini, ke sana ke sini (Pelan Pemulihan Negara Fasa Keempat)…Booom! Kes mencanak semula!

Fikir-fikirkan, dahulukanlah mana-mana yang patut di dahulukan ya!