Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#NakCakapSikit: Sensitif Sikit Boleh? Mana Empati?

Fiza Kamarudin
26/05/2021 13:40 MYT
Kenapa ya sejak dua menjak ni banyak betul individu yang ‘trigger’ level kesabaran #NakCakapSikit? Makin hari makin menjadi-jadi.

Tak kiralah golongan selebriti atau VVIP, rasanya dah boleh mula berfikir rasional kot sebelum nak keluarkan apa-apa kenyataan.

Contoh macam kes Iman Troye, gara-gara ‘Tweet gembira’ jangkitan Covid-19 mencecah hampir 7 ribu orang, terus kena cancel weh!

Kadang-kadang tak faham juga dengan warga Twitter ni…Kadang tu tengok ada yang lagi hawau gurauannya tapi ye lah, mungkin Iman kurang luck hari tu, maka…kena benamlah!

Tetapi apapun Iman, lain kali sensitiflah sikit ya? Kita ni tengah deal dengan penyakit dan kematian jangan sesekali buat gurau…Semoga Iman belajar dari kesilapan ya, Iman muda lagi, banyak yang perlu dipelajari.

Itu al-kisah orang muda punya sarcasm. Tapi yang dah masuk platinum jubilee pun boleh tahan juga tak sensitif, nak sarcasm nak kena tempat.

Ya, memang #NakCakapSikit tengah berbicara tentang Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menjadi tular 24 jam ni.

Allahu…macam-macam kecaman, termasuk ada yang dah buat petisyen meminta Tajuddin meletakkan jawatan sebagai pengerusi Prasarana.

Rasanya tidak perlu #NakCakapSikit ulas isu apa, tentang apa ya…Pandai-pandailah korang google dan baca!

Cuma yang #NakCakapSikit tekankan kat sini ialah tentang ‘perasaan’, ‘rasa simpati empati’ dan professionalism.

Cuba YB letakkan diri di tempat mangsa. Kita ada tiga mangsa cedera parah (dua baru menjalani pembedahan otak, seorang lagi perlu rawatan cerebral resuscitation), apa perasaan mereka sekiranya terdengar ucapan-ucapan YB?

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh)

Satu lagi individu yang #NakCakapSikit sentuh ialah mengenai Dr.Rafidah yang tiba-tiba mendakwa pihak media tidak menjalankan tanggungjawab kerana kononnya asyik membuat liputan tentang artis langgar SOP.

Dan seperti biasa, selepas dikecam…Dr.Rafidah minta maaf dan minta semua ‘move-on’! Fuhhhh! Semudah ABC!

Ni #NakCakapSikit, lain kali baca berita tu, jangan baca satu bahagian je ya. Dah baca bahagian hiburan memanglah semua perihal artis! Setiap seksyen beritanya berbeza-beza!

Pihak media cover berita dari tempatan sampaiiiiiilah luar negara. Ada lagi subseksyen gaya hidup, rencana, sains dan teknologi, perubatan. Harap dapat menelaah dengan lebih teliti selepas ini ya doktor ya.

Okaylah sedikit pesanan dan peringatan buat diri sendiri, #NakCakapSikit pun akan lebih berhati-hati dalam penulisan dan percakapan selepas ini…

Risau kadang-kadang….
#Iman Troye #Tak Sensitif #NakCakapSikit #Dr.Rafidah #Pengerusi Prasarana
;