Semalam satu Malaysia tak puas hati selepas gelaran juara atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tiba-tiba dibatalkan!

Maunya tak marah, sedang kita semua meraikan kejayaan Ziyad bergelar juara dan dapat pecahkan rekod dunia tiba-tiba dapat berita tak best!

Oh no! pingat emas Malaysia dalam acara lontar peluru F20 'dirompak' gara-gara protes yang dilakukan pasukan Ukraine.

Pasukan Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat memasuki bilik menunggu, sebelum pertandingan bermula.

Tapi don’t play-play dengan netizen Malaysia…Sekelip mata laman sosial atlet Ukraine, Maksym Koval diserang tanpa belas kasihan sampai dia tutuplah ruangan komen. Fuhhh!

#NakCakapSikit rasa jabatan netizen Malaysia sepatutnya lakukan serangan di laman sosial Paralimpik juga. Barulah adilkan?

Ya, Ziyad mengaku masuk lewat tetapi penganjur yang benarkan beliau meneruskan pertandingan…Jadi salah siapa? Salah penganjur atau atlet yang protes?

Tapi tak apalah kawan-kawan semua. Ziyad sudah lakukan yang terbaik dan dia tetap HERO kita semua.

Kepada jabatan netizen negara, #NakCakapSikit harap sudah-sudahlah serang si Maksym tu sebab dia pun dah dapat pingat emas dia.

Bukannya apa, tak nak lah nanti diaorang pula kata #Malaysiakoyak! Kita tutup buku dan buka chapter baru. Move-on mat saleh kata...

Sekarang ni, jom kita bagi sokongan buat atlet para kita yang sedang menanti giliran untuk berjuang. Tiupkan semangat berapi-api level termega buat mereka.

Biar negara lain nampak betapa kita menghormati dan menyanjungi atlet paralimpik kita. Kiranya kalau spam komen pun, komen berhemah laaaa…Gituw!

Kepada Ziyad #NakCakapSikit tetap bangga dengan Ziyad! Biarpun keputusan rayuan Malaysia ditolak dan bukan ini yang diinginkan kita, tetapi Ziyad sudah berusaha malah mencipta rekod jauh lebih baik daripada ‘juara’ dari Ukraine itu!

#NakCakapSikit harap Ziyad kuat di sana. Walau apa pun terjadi, Ziyad tetap menjadi juara di hati rakyat Malaysia!

Kepada atlet paralimpik Malaysia di Tokyo, teruskan perjuangan! Kami sentiasa bersama anda!