Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#NakCakapSikit: Tak Payah Pakai Uniform Sekolah Sehingga 26 Mac, Tapi Selepas Tarikh Tu?

Fiza Kamarudin
24/02/2021 10:20 MYT
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akhirnya mempertimbangan cadangan untuk membenarkan pelajar ke sekolah tanpa pakaian seragam.

Kelonggaran tersebut berkuatkuasa bermula 1 Mac sehingga 26 Mac ini, tetapi para pelajar haruslah memakai pakaian yang sesuai dan sopan ke sekolah.

Alhamdulillah, pandangan personal penulis, sekurang-kurangnya kerajaan mengambil berat keluhan rakyat mengenai isu pakaian seragam ini.

Bukannya apa…Penulis sebelum ini pun mengeluh juga sebab pakaian seragam anak-anak memang tak beli lagi, dan penulis percaya ramai ibu bapa lain ambil tindakan sama.

Sebab apa? Jujur, penulis berbelah bahagi kerana tidak pasti tentang pembukaan sekolah dan sesi pembelajaran secara bersemuka, jadi kerana tidak mahu membazir hold dulu.

Tetapi selepas membaca kenyataan media daripada KPM tadi, penulis terfikir kenapa kebenaran ke sekolah tanpa pakaian seragam sehingga hujung bulan Mac sahaja?

Selepas tarikh yang dinyatakan (26 Mac) bagaimana pula? Adakah para pelajar diWAJIBKAN memakai pakaian seragam semula? Atau bagaimana?

Bukannya apa, jika pakaian seragam diWAJIBKAN semula selepas tarikh yang dinyatakan KPM dalam kenyataan media itu bolehlah penulis dan ibu bapa lain membuat persediaan sepatutnya.

Penulis berasakan lebih baik KPM lebih details dalam perkara ini supaya ibu bapa tidak kelam kabut di kemudian hari.

Atau adakah kerana dalam keadaan pandemik ini keputusan tidak boleh dilakukan kerana bimbang sekolah bakal ditutup semula kerana ketidakstabilan (turun dan naik) kes positif Covid-19?

Bukannya apa, sebelum ini pun penulis dah pecah tabung ayam untuk membeli komputer riba bagi keperluan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Tapi tup-tup sekolah buka!

Aduhai…Terus-terang, penulis masih keliru dan bimbang jika menyediakan pakaian seragam anak, sekolah ditutup balik pula…Bukan berkira dengan anak, tetapi dalam keadaan sekarang penulis juga terkesan (faham kan).

Ni Nak Cakap Sikit, penulis tak condemn mana-mana pihak tapi cuma dalam hal ini penulis berasakan KPM seharusnya lebih firm dalam membuat keputusan.

Apapun penulis harap keputusan untuk membuka kembali sekolah dalam keadaan sekarang (selepas meneliti naik turun kes Covid-19), adalah keputusan yang tepat.

Kerana demi masa depan anak-anak kami ibu bapa perlu hantar anak ke sekolah supaya tidak keciciran dan sedang membiasakan diri dengan norma baharu serta 'menerima' kedatangan Covid-19 ke dalam komuniti kita (tak ada pilihan).

Diharap pihak sekolah dan ibu bapa juga dapat mengawal anak-anak untuk penjagaan SOP yang ketat, #kitajagakita!

#KPM #PdPR #NakCakapSikit #Kembali Ke Sekolah #Kementerian Pendidikan Sekolah
;