gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
LaLaLa Fest 2025 Gegar Jakarta Ogos Ini! LANY, Camila Cabello & Black Eyed Peas Antara Line Up Gempak
HIBURAN
Bilal Indrajaya Tarikan Utama Fasa Pertama Panggung Purnama Di Zepp KL, 28 September Ini! - "Kami Percaya Magnet Bilal Buat Peminat Candu"
GAYA HIDUP
Nabil, Johan & Bella Astillah ‘Naik EV’, Semarakkan Gaya Hidup Hijau
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Nam Ron Muncul Dalam Pementasan Teater ‘Persiapan Seorang Aktor’, Selongkar Kisah Pelakon Lelaki Obses Kesempurnaan

Mya Amri
Mya Amri
25/06/2025
14:20 MYT
Sponsor Banner
Nam Ron Muncul Dalam Pementasan Teater ‘Persiapan Seorang Aktor’, Selongkar Kisah Pelakon Lelaki Obses Kesempurnaan
Mask Team bakal membawakan pementasan teater berjudul ‘Persiapan Seorang Aktor’ yang dijadualkan berlangsung pada Julai depan.

Versi lebih matang

Diterbitkan oleh Juan Ab Aziz, naskhah yang diarahkan oleh Syahrul Musa dan skrip oleh Saat Omar ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat.
Antaranya Nam Ron, Aloy Paradoks, dan Fazleena Hishamuddin.
Malah, selepas kejayaan terdahulu, Mask Team kembali membawakan karya ini dalam versi yang lebih matang, dengan harapan ia terus memberi kesan yang mendalam kepada penonton dan pencinta teater tanah air.
Istimewanya lagi, teater ‘Persiapan Seorang Aktor’ ini telah mendapat pengiktirafan Best Original Script & The Best Of 2024 di 20th BOH Cameronian Arts Awards.
Pementasan ini turut mendapat suntikan tenaga kreatif melalui kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Fakulti Filem Teater dan Animasi, khususnya dari segi penglibatan produksi kreatif serta perkongsian idea yang memperkukuh keseluruhan pengalaman artistik persembahan ini.
Kolaborasi ini mencerminkan komitmen dan inisiatif Mask Team dalam menghubungkan institusi akademik dengan industri kreatif tanah air.
Selain daripada pementasan utama, satu program tambahan iaitu ‘Casting Call’ turut akan dijalankan secara eksklusif sepanjang tempoh pementasan di PJPAC.
Program ini adalah usaha sama antara Mask Team dan syarikat produksi tempatan yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang lakonan dan memberi peluang kepada mereka yang bercita-cita untuk menyertai dunia seni secara profesional.
Pementasan teater ini bukan sahaja meraikan keindahan lakonan dan naratif teater, tetapi turut memberi penghormatan kepada dedikasi anak seni yang menjadikan pentas sebagai rumah dan kehidupan mereka.

Pementasan teater ‘Persiapan Seorang Aktor’ ini akan berlangsung selama empat hari iaitu pada 17, 18, 19 dan 20 Julai 2025 bertempat di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).

Naskhah ini menyelami perjalanan seorang pelakon dalam mencari makna dan kejujuran di sebalik setiap watak yang dibawakan.
Persiapan Seorang Aktor menyelongkar kisah seorang pelakon lelaki yang obses untuk mencapai kesempurnaan dalam lakonan bukan sahaja sebagai pelakon terbaik di Malaysia, malah untuk melangkaui kehebatan legenda-legenda seni pentas dunia.
Kisah ini membawa penonton menelusuri perjuangan mental, emosi, dan spiritual dalam dunia seni yang penuh pengorbanan, tekanan dan cinta terhadap panggilan seni.
Tiket sudah mula terjual dan boleh didapati di www.onetix.com.my dengan harga RM58, RM78 dan RM98.
Sebarang perkembangan lanjut, boleh ikuti media sosial rasmi Mask Team.
Topic Berkaitan
#Teater
#Nam Ron
#Mask Team
#Persiapan Seorang Aktor
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement