Hiburan
Nama Anak Keempat Seindah Maksudnya, Zaquan Adha Pilih Muhammad Aisy Al Khaliq
Pemain bola sepak negara, Zaquan Adha dan isterinya pelakon Ayu Raudhah telah memberikan nama kepada anak keempat yang dilahirkan pada 14 Februari lalu.
Nama bayi lelaki itu didedahkan menerusi foto yang dimuat naik Zaquan di akaun Instagramnya semalam.
Menariknya, nama yang dipilih pasangan itu seindah dengan maksudnya.
“Hari ini masuk hari yang ke-7... Alhamdulillah baby dah cukur rambut… MUHAMMAD AISY AL KHALIQ bin MOHAMAD ZAQUAN ADHA
“Muhammad- Yang terpuji, Dirahmati, Aisy- Mewah, kaya -raya, kemakmuran hidup, Al KhaliQ -Pencipta (Asma Ul husna),” jelasnya.
Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Foto: Instagram @zaqone_08
Must-Watch Video