Pengarah yang namanya menjadi sebutan, Syamsul Yusof tampil menjawab segala persoalan tentang isu rumah tangganya dengan Puteri Sarah selepas didakwa goyah kerana melibatkan orang ketiga iaitu pelakon Ira Kazar.

Menerusi satu temu bual khas dalam program Hard To Heart bersama pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil, Syamsul menjawab soalan mengenai siapa sebenarnya Ira Kazar.

"Ira Kazar lah, satu Malaysia dah kenal. Entah lah saya pun tak tahu...nama dia disebut tu sebab isteri saya yang keluarkan kenyataan itu," katanya ringkas.

Tidak cukup di situ, Pak Nil yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan pendek itu terus bertanyakan siapa Ira Kazar pada dirinya.

"Siapa Ira Kazar to you?" tanya Pak Nil.

Kali ini pengarah Filem Mat Kilau itu menutup mulut rapat sambil tersenyum serta tidak lama kemudian membuat signal atau tanda mengunci mulut dengan tangannya.

Selain itu Pak Nil sempat bertanyakan adakah dia masih menyayangi isteri serta keluarganya, tanpa ragu Syamsul mengiyakan.

"Ofcourse, no doubt...Mesti...," jawabnya.

Banyak lagi persoalan dan perkongsian mereka dalam Hard To Heart yang ditayangkan semalam pada jam 9 malam di Astro Ria.

Siaran Hart To Heart episod Syamsul Yusof dan terdahulu boleh ditonton semula dalam menu Astro VOD (Video On Demand) pada biila-bila masa sahaja.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)