Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nama Dipetik Aktres Janda Berjaya ‘Sondol’ Suami Orang, Ini Respons Shakilla Khoriri…

Asyikin Mayudin
13/09/2023 08:50 MYT
Nama pelakon Shakilla Khoriri dipetik netizen susulan khabar angin baru-baru ini mengenai aktres berstatus janda berjaya ‘menyondol’ suami orang.

Shakilla ketika dihubungi Gempak bagaimanapun menganggap gosip tersebut tidak mempunyai kaitan dengan dirinya memandangkan kontroversi yang melandanya sebelum ini sudah lama selesai.

"Tiada apa nak saya jawab. Kes saya sudah lama selesai. Saya pun tak tahu siapa yang dimaksudkan dalam berita tersebut. Tak ada mention nama saya.

"Tak ada orang datang or call saya pasal apa-apa, jadi tiada kena mengena dengan saya," kata Shakilla.

Shakilla turut memberitahu dia tidak kisah namanya dipetik ol,eh netizen kerana ia tidak memberi kesan kepada dirinya dan juga keluarga.

"Tidak apa lah kalau netizen nak petik nama saya. Tiada kesan apa pun pada saya and family. Jadi biarlah," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada penyampai radio Fizi Ali ini berkata dia kini sedang dengan urusan kerja selain menjalani kehidupan bahagia bersama anak perempuannya.

"Saya tengah busy dengan kerja dan tengah bahagia dengan anak serta family. Tiada masa nak tahu pasal orang bercakap pasal saya ke apa. Lagi benda tiada kena mengena dengan saya, lagi saya skip,” katanya.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila seorang pelakon berstatus janda didakwa menjadi penyebab kehancuran rumah tangga pasangan suami isteri.

Bertambah parah lagi, apabila si isteri didakwa telah pergi ke mahkamah untuk menfailkan perceraian terhadap suaminya.

Shakilla sebelum ini pernah mengakui gambar bersama seorang lelaki dirakam pada Ogos dan September tahun lalu namun menegaskan individu itu bukanlah suami orang.

BACA SINI: Pelakon Berstatus Janda ‘Menang’ Sondol Suami Orang, Sementara Si Isteri Pasrah Mahu Cerai


BACA SINI : Shakilla Khoriri Akui Khilaf Ambil Gambar Mesra Dengan Lelaki - “Saya Ada Bukti Dia Pernah…”


#Shakilla Khoriri #Shakilla #Janda sondol suami #Shakilla janda