UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Nama Dipetik Terkait Isu Tangkap Khalwat Dengan Suami Orang, Nadeera Maafkan Pemfitnah - “Saya Tak Ambil Peduli, Itu Bukan Saya”

Umirah Halim 17/02/2025 | 04:54 MYT

Penyanyi Nadeera enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu namanya yang terpalit dengan kes penangkapan khalwat dengan suami orang.

Bukan Nadeera

Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 31, memilih untuk tidak peduli akan perkara tersebut kerana individu yang disebut-sebut itu bukanlah dirinya.

Kata Nadeera lagi, ketika isu tersebut mula kecoh dia hanya fokus untuk membuat persiapan persembahan untuk malam kemuncak Anugerah Juara Lagu-39 (AJL39).

“No komen, saya tak mahu komen mengenai isu orang lain.

“Saya tak ambil pusing pun mengenai perkara tersebut kerana bukan diri saya. Urusan orang lain lantak lah saya tak ambil peduli pun.

“Sebulan saya memang fokus dengan apa yang saya nak buat dekat AJL jadi saya memang tak ambil kisah. Saya tak tengok media sosial, semua team saya yang uruskan.

“Saya tak tahu kenapa tiba-tiba nama saya dikaitkan,” ujarnya ketika ditemui Gempak selepas sidang media Anugerah Juara Lagu-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.

BERITA BERKAITAN: “Lagu ‘Bukan Lagi Kita’ Menceritakan Kisah Hidup Saya” - Nadeera Kongsi Simbolik Tukar Warna Baju Atas Pentas

BERITA BERKAITAN: Jais Sahkan Artis Ditangkap Khalwat Bukan Nadeera

Sementara itu, ketika disoal mengenai adakah ada individu yang bertindak mahu menjatuhkan dirinya dengan melemparkan fitnah ini, pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu bagaimanapun memilih untuk memaafkan individu tersebut.

“Saya tak rasa begitu, kalau ini adalah ujian untuk saya, saya terima.

“Andaikata ada orang yang mencuba untuk jatuhkan saya, saya maafkan orang itu.

“Saya harap orang itu pun bertaubat kerana kita nak dekat bulan puasa dah ni,” katanya lagi.

Sebelum ini, nama penyanyi bertubuh genit itu disebut-sebut sebagai selebriti yang ditangkap khalwat bersama suami orang di sebuah rumah sewa.

Bagaimanapun, pengurus Nadeera dan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan tersebut.

#Khalwat #Komen #Nadeera #Zaini