,
Gegar Vaganza All Star

Nama Disebut-Sebut Hot Seat GV10, Liza Hanim - “Kalau Saya Terpilih, Bring It On!”

Mya Amri
10/09/2023
08:55 MYT
Penyanyi, Liza Hanim tidak akan menolak jika namanya terpilih untuk mendapatkan tempat di kerusi panas (hot seat) All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Menurut Liza, dia menganggap perkara itu sebagai rezeki dan akan memberikan yang terbaik sepanjang penyertaannya dalam GV10.
“Kalau rezeki saya bring it on. Semoga saya sihat sepanjang GV10 dan saya mahu diri saya enjoy ketika membuat persembahan di atas pentas setiap minggu.
“Jika terpilih saya akan berikan yang terbaik, itulah yang saya selalu buat. Bila kita berusaha sehabis baik sudah pasti akan ada pulangannya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Liza berkata demikian ketika majlis Gegar Vaganza Jamming With The Stars yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Liza juga menyatakan rasa terharu atas sokongan orang ramai yang turut mengundinya bagi mendapatkan tempat di hot seat.
“Saya pun tak sangka menjadi ekspetasi dan harapan orang… Tapi apa yang saya boleh katakan rasa sangat terharu sebenarnya.
“Walaupun sebelum ini sepanjang kemunculan saya di GV ada yang cakap begitu begini, tetapi bila ada hot seat mereka sebut juga nama saya. Saya sayang anda semua,” katanya. BACA: “Kita Ada Ramai Penyanyi Suara Sedap Tapi…” - Ziana Zain Harap Liza Hanim Dapat Hot Seats GV10
BACA: Ini Senarai Calon Hot Seat All Stars Gegar Vaganza! Korang Nak Siapa Masuk?
Terdahulu, nama Liza merupakan antara yang disebut sebut netizen sebagai penerima hot seat GV10 yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Hadapi Masalah Monitor Telinga, Illa Sabry Tidak Puas Hati Dengan Persembahan Minggu Pertama

gempak
25/11/2024
12:55 MYT
Menurut Illa, antara sebab persembahannya ‘kurang memberi’ adalah kerana menghadapi masalah dengan monitor telinga.
gegar-vaganza-11

GV11: Illa Sabry Hampir Tersingkir, Liza Aziz Juara Minggu Pertama

gempak
24/11/2024
16:20 MYT
Konsert pertama Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menyaksikan penyanyi Liza Aziz mendapat markah paling tinggi dan sekaligus meletakkannya di tempat pertama.
gegar-vaganza-11

GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

gempak
22/11/2024
11:25 MYT
Dengan bertemakan “Kembali Menyengat” 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
gegar-vaganza-11

GV11: Sudah Lama Menanti, Yazid Lovehunters Siap Sedia Beraksi - “Sebenarnya Saya Dah Lama..”

gempak
18/11/2024
13:55 MYT
Menurut Yazid, dia sudah lama menantikan peluang untuk menyertai program yang sudah masuk edisi kesebelas itu.
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
Unitar