"Nama Eina Pun Aki Ingat Lupa Tetapi ..." - Sakit Strok Tak Halang Datuk Eina Azman Berkahwin Semula

Amri Hassan
November 21, 2018 02:25 MYT
Datuk pelakon Eina Azman yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar akan berkahwin semula dengan bekas isterinya tidak lama lagi.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram Eina, pasangan itu sebelum ini telah berpisah selama 17 tahun.
"Alhamdulillah selepas 17 tahun datuk dan nenek saya berpisah, sekarang mereka memutuskan untuk berkahwin semula.
"Walaupun kedua-duanya kurang upaya strok,tetapi mereka nak jaga satu sama lain.
"Nama Eina pun Aki ingat lupa, tetapi Aki boleh ingat nama penuh Tok dan cara nak akad nikah.
"Nampak sangat excited nak kahwin semula.
"Semoga Aki dan Tok berkekalan hingga ke jannah," tulis Eina yang berjanji untuk berkongsi foto perkahwinan datuk dan neneknya.
Momen menyentuh hati Eina dan datuknya itu mendapat reaksi positif dan doa daripada kalangan peminat pelakon itu.
Malah, ramai yang sudah tidak sabar menantikan tibanya majlis pernikahan datuk dan nenek Eina.
#Kahwin #Eina Azman #Kahwin #Datuk