gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sheila Rusly Masak Makanan Berpantang Untuk Elisya Sandha - “Beranak Ramai Pun Tak Kisah Kalau…”
HIBURAN
Kritik Penampilan Puteri Balqis, Pengurus ‘Naik Angin’- “Kepada B*tina Pengumpat, Pengeji…”
VIRAL
Jofliam Jawab Dakwaan Pizza Lembik, Nafi Jadi Punca Keracunan Makanan - “Dari Cari Cara Kotor, Cuba Fikir Macam Mana Nak Kalahkan Dough Saya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Nama Itu Memang Sesuai” - Elisya Dedah Sheila Rusly Dah Siapkan Nama Untuk Cucu Pertamanya

gempak
Izwan Isa
03/06/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Nama Itu Memang Sesuai” - Elisya Dedah Sheila Rusly Dah Siapkan Nama Untuk Cucu Pertamanya
Pelakon Elisya Sandha mendedahkan yang dia dan bakal suami telah pun menentukan nama bagi bayi perempuan yang bakal dilahirkan pada 16 Jun depan.
Elisya berkata, nama untuk anak sulungnya itu diberikan oleh ibu mentuanya, pelakon dan penerbit popular, Sheila Rusly.
“Ketika usia kehamilan saya mencecah lima bulan, ibu mentua ada bermimpi mengenai nama untuk anak kami. Jadi, dia minta untuk berikan nama bagi cucu pertamanya. Saya dan suami terus bersetuju… tambahan pula nama itu memang sesuai.
“Bagaimanapun, kami tidak bolehlah nak kongsikan nama itu sekarang. Tunggu lepas kelahiran. Cuma apa yang boleh dikongsikan, nama tersebut ada gabungan nama saya dan juga suami,” kata Elisya.
Bercerita lanjut mengenai proses kelahirannya kelak, Elisya berkata dia ingin melahirkan anaknya dengan cara normal.
“Bagaimanapun, jika perlu melahirkan secara pembedahan, kami tidak kisah. Asalkan anak yang dilahirkan kelak selamat.
“Sepanjang kehamilan pula saya banyak membaca buku tentang parenting dan juga penyusuan ibu,” katanya lagi.
Elisya turut berkongsi yang dia bakal melalui proses berpantang di rumah Sheila Rusly. Elisya dan Uzair berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Sheila Rusly
#Elisya Sandha
#Uzair
Must-Watch Video