Pelakon Mira Filzah mendedahkan dia dan suami mencari nama anak sulung mereka menerusi sebuah aplikasi fitur Tarteel e-Quran.

Menariknya, aplikasi itu juga boleh dijadikan panduan untuk ibu hamil lain mencari nama anak.

Paling menarik, dengan hanya menyebut nama kesukaan, beberapa surah ditunjukkan beserta makna dan tafsirannya sekali.

"Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’.

"Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah.

"Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang," kongsi Mira menerusi hantaran di Instagramnya.



Untuk rekod, anak pasangan ini, Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei lalu dan kini berusia hampir tiga bulan.