Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Nama Shuib Dia Yang Bagi, Lekat Sampai Sekarang…” Terharu Bila Shuib Throwback Kenangan Dengan Jep.

Mya Amri 12/03/2019 | 12:23 MYT
Pelawak dan pelakon Shuib mengimbas kembali kenangan lama bersama Jep sebelum mereka bergelar selebriti.
Menurut Shuib, segala kepayahan dan suka duka untuk berjaya sehingga peringkat ini dilalui bersama sahabatnya itu.
Shuib berkongsi momen berharga itu menerusi coretan di akaun Instagramnya semalam.
“Kenal hampir belasan tahun, dari kami hanya punya cita-cita untuk semua yang ada sekarang, cita-cita nak jadi artis tersohor kononnya.
“Semuanya terjadi dalam sekelip mata… Semuanya dengan izin Allah SWT. Dari kenal masa audition di Hotel Selesa Johor Bharu, nama “Shuib” dia yang bagi dan lekat sampai sekarang.
“Dia kata nama tu sesuai untuk aku. Lalu susah sama-sama, kerja tempat yang sama, pagi-pagi jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi, tengok cabin crew tarik beg naik kapal, putih mata sebab hanya mampu cakap “hi”
“Masih pegang cita-cita dan impian yang sama, panjat audition sana sini lebih dari lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yang dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL.
“Rezeki tak salah alamat, dia sampai mesti sampai, 2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua-dua dah kawin. Aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak.
“Terlalu banyak perkara yang dikongsi bersama. Dan yang paling MAHAL adalah persahabatan yang semakin matang dari banyak sudut!!!
“Terima kasih Allah pertemukan dengan insan hebat ini @jepsepahtu, jarang nak menulis panjang-panjang sebenarnya, tapi gambar ini seakan “sesuatu”.
“Sesuatu yang pastinya adalah hukum alam... Pasti dan pasti tapi tak tau siapa... Tapi yang pasti dan pasti, siapa pun antara kita pergi dahulu, kenangan kita, susah senang, gelak tawa, bertekak bergaduh, jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini... SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYA-ALLAH. “SEPAHTU.... DUA YG MENYATU” tulisnya.

Kenal hampir belasan tahun,dr kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg,cita2 nak jadi artis tersohor kononnya...?,Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu,nama “Shuib” dia yg bg dan lekat smpi skrg.. Dia kata nama tu sesuai utk aku...Lalu susah sama2,keje tmpt yg sama,pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi,tgk cabin crew tarik beg naik kapal,,,putih mata sbb hanya mampu cakap “hi” ?... Masih pegang cita2 dan impian yg sama,panjat audition sana sini lebih dr lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL... Rezeki tak salah alamat,dia smpi mesti smpi,2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin,aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak...Terlalu byk perkara yg dikongsi bersama,,, Dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu ,,, jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”...Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam... Pasti dan pasti tp tak tau siapa... Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu,kenangan kita,susah senang,gelak tawa,bertekak bergaduh,jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini... SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH,,, “SEPAHTU.... DUA YG MENYATU” . . #persuibofhappyness #sepahtu

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya terharu dan mendoakan agar persahabatan Shuib dan Jep berkekalan.
Terdahulu, Sepahtu merupakan kumpulan pelawak yang dianggotai oleh Jep dan Shuib pada tahun 2012 setelah mengundurkan diri daripada Kumpulan Sepah.
Foto: Instagram @shuibsepahtu
#Shuib SepahTu #Jep Sepahtu
;