Laman Utama
Nama Terpalit Isu Perceraian Selebriti Wanita, Ali Reza Nafi Terlibat - “Tiada Apa-Apa Yang Berlaku..”
Pelakon kacak Ali Reza menafikan dia menjadi punca keretakan rumah tangga seorang selebriti wanita.
Menurut Ali atau nama sebenarnya Ali Reza Kavoosi, dia pernah mendengar tentang perkara tersebut namun ia sudah lama berlalu.
Tampil menafikan perkara tersebut, aktor yang mula mencipta nama menerusi drama Do You Love Me Captain itu menegaskan bahawa dia bersama pelakon wanita itu tidak lebih sekadar rakan sekerja.
Advertisement
“Saya pernah dengar tentang gosip itu tapi dah lama, dalam dua tahun yang lalu. Tiada apa-apa yang berlaku, saya tak tahu kenapa orang kembali membangkitkan isu tu.
“Saya pernah bekerja dengan pelakon itu, tapi kami tidak ada apa-apa. Saya terkejut tapi saya tahu diri saya, saya tak risau sebab saya tak buat apa-apa,” jelasnya kepada Gempak.
Ali ditemui pada acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2022 (KLFW22) Neonate X Gempak yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Ahad.
Dalam pada itu, Ali menjelaskan isu kontroversi seperti itu tidak sesekali mensabotaj kerjayanya yang sedang berkembang malah berjanji akan lebih berhati-hati.
“Benda kontroversi dan gosip macam ni sentiasa akan berlaku tapi tengok balik macam mana kita handle situasi yang berlaku. Saya kalau boleh nak tumpu pada kerja dan tak mahu terlalu fokus dengan isu-isu lama.
“Sekali lagi saya cakap, tiada apa-apa antara kami dan InsyaAllah untuk saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai isu status dirinya kini, Ali mengakui dirinya masih solo dan menyerahkan perihal jodoh kepada yang Maha Kuasa.
“Jodoh itu di tangan Tuhan, saya berkawan dengan semua orang tak kisah yang tua atau yang muda. Untuk status sekarang, saya single,” katanya.
Must-Watch Video