Hiburan

“Nama Tyzo Pun Kau Tak Hantar Untuk ABPBH 2023 Walaupun…” - Penyampai Radio Selangor FM

gempak
Izwan Isa
13/01/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
“Nama Tyzo Pun Kau Tak Hantar Untuk ABPBH 2023 Walaupun…” - Penyampai Radio Selangor FM
Penyampai Selangor FM, Anie Mokhtar berkongsi beberapa rantaian kenyataan di Instagram Story didakwa susulan penamatan perkhidmatan Tyzo sebagai penyampai radio Suria FM semalam.
Menerusi kenyataan terbaharu yang dimuat naik, Anie berkata, banyak hal yang perlu ‘dikongsi’ kepada pendengar dan hal pertama yang perlu diceritakan adalah perihal penghantaran nama pencalonan Tyzo untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023.
“Kita nak start dari mana yer? Oh should be start bagi pendengar tahu cerita sebenar yang even nama Tyzo pun kau tak hantar untuk ABPBH 2023 walaupun Tyzo adalah top 5 ABPBH 2022.
“Dari awal sebelum kemenangan dia kau dah cuba sekat peluang dia. Jahat dan tergamak. So macam mana nama Tyzo ada tahun ni? Jom spill the tea,” tulisnya.
Namun, Anie masih belum lagi berkongsi ‘tea’ tersebut menerusi Instagramnya.
Terdahulu, menerusi kenyataan media, khidmat Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris ditamatkan selepas lapan tahun bersama Suria FM.
Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.
Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live