Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
GAYA HIDUP

Namakan Anak ‘Google’, Ibu Bapa Tak Mahu Anak Jadi ‘Sampah Masyarakat’

Azwa Rahman 27/06/2019 | 05:54 MYT
Pasangan dari Indonesia, Andi Cahya Saputra, 31, dan Ella Karina, 27, memberi nama kepada anak mereka yang lahir pada 30 November lalu sebaga Google.
Menerusi laporan media tempatan Kumparan, nama itu tercetus semasa isterinya hamil tujuh bulan.
“Namanya Google. Hanya satu perkataan, G-o-o-g-l-e.
“Pada awalnya, antara beberapa nama yang berada di fikiran saya adalah Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan sebagainya,” jelasnya kepada Kumparan.
Memetik laporan Coconuts Jakarta, untuk tempoh tiga bulan pertama, isterinya, Ella akan menjawab ‘baby boy’ setiap kali orang bertanyakan nama anaknya yang baru lahir itu.
“Saya beritahu pada bapa, Pak, Google itu ada maksud yang baik kerana Google membantu ramai orang. Harapnya Google boleh jadi orang yang berguna”, ceritanya pada Coconuts Jakarta.
Ella juga menegaskan dia mahu anaknya menjadi pemimpin satu hari nanti.
Pasangan tersebut turut menerima kecaman selepas memberikan nama tersebut.
Bagaimanapun Andi tidak mengendahkannya dan hanya menerima komen yang baik sebagai doa.
Sumber foto: Kumparan
#Indonesia #Google #Nama Anak