Usahawan selebriti Intan Saleh mencuri perhatian wargamaya apabila dikatakan hamil selepas kelihatan alat ujian kehamilan di atas meja sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Aizam Yahya di sebuah restoran mewah berhampiran Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh, 35, berkongsi momen istimewa tersebut untuk tatapan umum.

A post shared by انْتَان لِيَانَا بِنْتِ صَالِح (@__iiiintan.saleh)


Menerusi perkongsian berdurasi hampir dua minit itu, menunjukkan suaminya meniup kek ulang tahun kelahiran kemudian disusuli membuka hadiah yang berupa alat ujian kehamilan yang diletakkan di dalam sebuah bekas.

Di IG Story pula, seorang kenalan berkongsi berita kehamilan tersebut dengan menulis ‘baby bonda coming soon’ yang turut diulang siar oleh intan.

Sementara itu di ruangan komen video tersebut, ia dihujani dengan ucapan tahniah serta doa yang baik-baik.

“So betul lahhh aritu aku cakap dah ada isi kann, tahniah,” komen seorang wargamaya.

“Tahniah Intan Liana! Selamat berlima. Happy for you. Allah gantikan dengan yang lebih baik sekarang, alhamdulillah. Semoga kebahagian kekal milik awak sekeluarga,” ucap seorang wargamaya.

“Wahhh ada nampak pregnancy test. Congrats bonda,” ujar seorang wargamaya.

“Bonda pregnant, congrats!” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 125,000 tontonan daripada wargamaya.

Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Aizam pada 20 Disember 2021 di sebuah premis acara di Jalan Ampang.

Intan adalah bekas isteri pemuzik Ude atau nama sebenar, Muhammad Radzi Abdul Wahid, yang sebelum ini pernah menarik perhatian ramai dengan kisah pergolakan rumah tangga mereka pada 2017.

Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.

Terdahulu pasangan itu dikurniakan kehadiran dua putera, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.